Pray For MH370

Pray For MH370

WARAN TANGKAP MAT SABU KESILAPAN TEKNIKAL

Kisahnya Sdr Mat Sabu telah terlibat dengan satu demonstrasi dan sebelum itu telah merancang untuk mengahawinkan anak beliau. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, beliau telah dihalang pihak Polis bagi tujuan menyerahkan waran. Di situlah mulanya drama. Kelongaran, budibicara dan timbang rasa walaupun sedikit tidak diberikan langsung kepada bekas ahli Parlimen Malaysia ini. Sekarang bikin orang malu pula. Di mana kenyataan mohon maaf?

21 April, 2009 15:03 PM

Mahkamah Batal Waran Tangkap Mohamad Sabu

Akibat satu "kesilapan teknikal", Mahkamah Majistert Jawi hari ini membatalkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya yang gagal menghadiri perbicaraan di mahkamah itu semalam.

Majistret Nur Ashikin Mokhtar mengeluarkan perintah itu setelah Yusnita Yusoff, peguam yang mewakili kesemua tertuduh, memohon supaya waran itu tidak dikeluarkan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tarikh perbicaraan. Yusnita memberitahu mahkamah bahawa kesilapan itu kerana pihak pembelaan menjangkakan kes itu tidak akan berjalan memandangkan Majistret Mohd Izham Ali yang mengendalikannya sedang berkursus.

Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus tidak membantah permohonan peguam bela itu. Kesemua tertuduh hadir di mahkamah hari ini. Nur Ashikin, Majistret dari Mahkamah Butterworth yang menggantikan Mohd Izham dalam prosiding itu, kemudian menetapkan 28 hingga 30 Sept sebagai tarikh baru perbicaraan.

Semalam, majistret itu memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya kerana mereka tidak menghadiri hari pertama perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari itu.
Lima peguam mereka diketuai Asmuni Awi juga tidak kelihatan. Mohamad, 53, serta Zamarul Aini Abdul Malek, 37, Zainal Azrun Zainal Abidin, 35, Abdul Rahim Mat Ariff, 58, Md Lazim Osman, 50, Mohd Biyamin Ishak, 44, Fauzi Saharat, 44, Abdul Razak Ramli, 42, Mohd Subri Mohd Said, 42, dan Mohamad Salleh, 47, didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur, terhadap pemimpin PAS itu. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 7.45 malam 9 Dis 2007. Mereka didakwa menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BERNAMA

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Pihak pembelaan MENJANGKAKAN saja ka..?? Lawyer pon main jangka2 juga ka.?? Dia tak reti nak confirm atau pretend wat2 jer.
salam.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com