Pray For MH370

Pray For MH370

FAKTOR ASSOBIYAH DALAM NASIONALISME PENGARUHI PERLANTIKAN PENGERUSI


Lapan badan Umno perhubungan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu mendapat Pengerusi baru.

Rombakan ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan sebagai "penyejuk serta pententeram hati" agar tiada yang merajuk dan bawa diri lantaran patah hati.

Pengerusi Baru Perhubungan UMNO Negeri

Selangor : DS Najib

Wilayah Persekutuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedah: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Pulau Pinang: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kelantan: Datuk Mustapa Mohamed.

Terengganu: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Perlis: Datuk Seri Dr Md Isa Sabu



Pengerusi Yang dikekalkan


Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob

Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan

Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Johor - Datuk Abdul Ghani Othman

Sabah - Datuk Seri Musa Aman

TS Shahidan Kassim, Datuk Razali Ibrahim.

Dr. Wan Norashikin,Datuk Razali Ibrahim, DS Rafidah Aziz dan Datuk Kamilia Ibrahim (foto atas kanan) dilantik menganggotai MT Umno.


Perubahan Ketua Langkah Reda Krisis Terengganu


Krisis kepimpinan Umno di Terengganu baru-baru ini dilihat sebagai mendorong pucuk pimpinan parti melantik naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai pengerusi badan perhubungan negeri itu yang baru.

Ia sekaligus menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said menjadi satu-satunya Menteri Besar daripada Umno yang tidak dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan negeri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden Umno berkata bahawa Menteri Besar yang tidak dilantik akan dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).

Najib, yang mempengerusikan mesyuarat MT Umno hari ini, mengumumkan pelantikan pengerusi baru bagi lapan badan Umno perhubungan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Ahmad Said, bekas pengerusi yang kini menjadi timbalan pengerusi perhubungan negeri berkata beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada Hishammuddin untuk mengukuhkan Umno di Terengganu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Krisis kepimpinan Umno di Terengganu memuncak apabila 10 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dari Umno "memboikot" persidangan DUN itu ekoran dakwaan wujud ugutan supaya tidak membuat usul tidak percaya terhadap Ahmad.

Sementara itu, pemerhati politik melihat perubahan kepimpinan Umno di peringkat negeri sebagai usaha "mententeramkan" semula apa jua pergolakan dalam parti itu.

Lima lagi badan perhubungan Umno juga dipengerusikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Selangor misalnya dipengerusikan oleh Najib sendiri manakala Wilayah Persekutuan diteraju Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua naib presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipertanggungjawab meneraju Kedah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang), sementara Kelantan dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Mustapa Mohamed.

Pemerhati politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain melihat pelantikan lapan pengerusi baru itu akan `menyejukkan' keadaan pada peringkat akar umbi.

"Yang menyebabkan bergolak adalah perebutan jawatan pengerusi itu sendiri di kalangan pemimpin di negeri yang berkenaan, jadi dengan melantik orang luar sebagai pengerusi, tak adalah mereka ini nak bising sangat," kata pensyarah Dasar Awam dan Politik Malaysia dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Ahmad Atory, pergolakan di Terengganu dan Kedah berpunca daripada kewujudan `puak-puak' yang sekaligus memecah-belahkan parti.

Beliau bagaimanapun menyifatkan pelantikan Mohd Shafie selaku pemimpin Umno Sabah untuk meneraju Kedah sebagai sesuatu di luar jangka.

"Kedah ini semangat kenegeriannya kuat, tapi saya harap mereka boleh terima kerana sudah pasti beliau (Shafie) dipilih Datuk Seri Najib berasaskan keupayaannya," katanya.

Mengenai pelantikan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz, Ahmad Atory berkata ia bukan suatu yang luar biasa kerana bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sememangnya berpengalaman.

"Saya yakin beliau akan berupaya membantu menguatkan lagi Umno sebagai sebuah parti," katanya.

Bagaimanapun, sumber dalaman parti menyifatkan pelantikan Rafidah sebagai faktor `menyejukkan' hati penyokong beliau selepas tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti bulan lalu.

Begitu juga halnya dengan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang `kehilangan' jawatan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis yang telah dipegangnya hampir empat penggal.

"Ini cara Presiden untuk menyejuk dan menyatukan semula Umno yang pada hakikatnya memang berpuak-puak. Kita tengok hasilnya nanti," kata sumber itu.

-- BERNAMA


Barisan Kepimpinan Baru Diyakini Mampu Mantapkan Umno

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Rombakan dalaman parti Umno dijangka dapat menyuntik nafas baru bagi memantapkan serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barisan kepimpinan baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini jelas menggambarkan iltizam kepimpinan bagi membawa reformasi di peringkat negeri.

Ini jelas dengan pelantikan pemimpin tertinggi parti memainkan peranan untuk mendekatkan diri pada peringkat akar umbi serta hasrat 'membersihkan' sikap berpuak-puak di kalangan pemimpin Umno negeri.

Pelantikan baru itu mencerminkan keberanian Najib untuk membawa perubahan ketara kepada Umno yang sejak kebelakangan ini dikatakan gagal mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat.

Ini adalah antara langkah parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijadualkan pada 2013 selepas kehilangan Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang serta majoriti dua pertiga kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menumpukan usaha memperkasakan program parti dengan kerjasama erat parti komponen BN lain.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilantik menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah pula bertekad untuk memperkukuhkan Umno di peringkat negeri itu.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pelantikan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Kamilia Ibrahim ke dalam MT dilihat sebagai satu penghormatan kepada golongan wanita.

Bagi Ahli MT Datuk Hamzah Zainudin, beliau melihat pelantikan barisan pengerusi badan perhubungan negeri baru adalah pasukan mantap yang dapat membantu dan memberi sokongan kepada presiden parti.

"Ini adalah satu pasukan yang dapat meneruskan perjuangan parti ke satu arah yang lebih baik," kata Hamzah, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Seorang lagi ahli MT, yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyifatkan perubahan itu dapat menyakinkan rakyat untuk kembali menyokong Umno dan BN.

"Perubahan yang kita bincang ini ialah di mana pemimpin perlu mendekati rakyat bukan sahaja sekadar turun padang tapi mampu selesaikan masalah penduduk," katanya.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perbincangan mesyuarat itu menjurus kepada pembaharuan yang perlu dilakukan serta usaha merealisasikan konsep One Malaysia (1Malaysia).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula menyifatkan pelantikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan sebagai keputusan tepat.

Katanya, pelantikan Timbalan Perdana Menteri itu akan memperkuat kembali parti itu serta mampu merampas semula kerusi pembangkang di Wilayah Persekutuan.

"Ia akan memberi semangat baru kepada kami untuk terus berjuang serta memantapkan lagi perjalanan parti, " kata Raja Nong yang dilantik sebagai timbalan kepada Muhyiddin.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru.

Katanya sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri, beliau akan bersama Naib Presiden Umno itu bagi menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Datuk Seri Hishammuddin bukannya asing bagi Terengganu dan saya mengalu-alukan pelantikan beliau," katanya.

Ahmad percaya kombinasi antara Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dan beliau dalah terbaik bagi menerajui Umno Terengganu.

Di ALOR SETAR, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau akan berdiri teguh di belakang Shafie.

Katanya beliau menerima dengan hati terbuka selepas digugurkan dari memegang jawatan itu dan akan memberi kerjasama demi kepentingan parti.

"Kekuatan Umno lebih penting daripada individu...saya harap kita (BN) dapat tawan semula Kedah dalam pilihan raya akan datang di bawah pimpinan beliau (Shafie)," katanya.

Di KOTA BAHARU, Tan Sri Annuar Musa berkata pemilihan Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai tepat kerana rekod dan komitmen tinggi beliau terhadap rakyat Kelantan dan Umno.

Beliau berkata Mustapa bukan sahaja mempunyai rekod perkhidmatan terhadap parti yang cemerlang malah komitmennya dalam kerajaan juga cukup bagus.

"Dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sememangnya dapat memberikan beliau kelebihan untuk mengukuhkan Umno di Kelantan.

Dalam pada itu, Mustapa pula berkata beliau berazam untuk mengukuhkan Umno dan memberi khidmat terbaik untuk rakyat Kelantan.

Ia merupakan pelantikan kedua beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Beliau pernah memegang jawatan itu dari tahun 2000 hingga 2004.

Di KANGAR, Datuk Seri Shahidan Kassim akur dan menerima dengan hati terbuka apabila beliau tidak dikekalkan sebagai peneraju Umno Perlis.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berharap peneraju Umno Perlis yang baru iaitu Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Menteri Besar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan di samping berupaya menegakkan keadilan.

Saya tidak mempunyai masalah untuk memberi kerjasama kepada Md Isa demi kepentingan parti, katanya yang dilantik sebagai Ahli MT.

Di JOHOR BAHARU, Ketua Penerangan Umno yang baru Ahmad Maslan bertekad untuk mendekati generasi muda dan lama yang telah banyak berjasa kepada parti.

"Saya akan menumpahkan segala masa, tenaga, fikiran untuk mengukuhkan parti Umno demi agama, bangsa dan tanah air bagi membina 1Malaysia dengan rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan," katanya.

Di SHAH ALAM, bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo percaya pemilihan Najib untuk menerajui badan perhubungan Umno negeri Selangor dapat membantu BN negeri merampas semula negeri itu dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya amat percaya kepimpinan dinamik Perdana Menteri akan terus meningkatkan perpaduan di kalangan pemimpin Umno bahagian di negeri itu," kata ketua pembangkang Selangor itu.

BERNAMA


Full Report On New UMNO LineUp

Comments :

0 comments to “FAKTOR ASSOBIYAH DALAM NASIONALISME PENGARUHI PERLANTIKAN PENGERUSI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com