Bernama melaporkan satu kajian dari Australia perihal pendatang Afrika serta rakyat Australia yang kekurangan vitamin D dalam darah kesan sampingan dari memakai purdah.
Jika anda berpeluang meneliti imej di bawah yang diambil dari USATODAY , anda akan dapati vitamin D boleh diperolehi dari bahan tenusu yang diperkayakan dengan vitamin D serta ikan seperti salmon dan kod.
Mungkin rakyat Australia berketurunan Afrika tidak mampu membeli makanan segar seperti susu dan ikan. Faktor ini yang mungkin menyumbang kepada kekurangan vitamin D.
Kajian menunjukkan hanya beberapa sentimeter persegi kulit sahaja yang perlu terdedah kepada cahaya matahari untuk mendapat bekalan vitamin D dari sang suria. Kekurangan ini boleh ditampung dengan pemakanan atau pil tambahan.
Di USA , 29 % kaum kulit hitam dari Afrika berbanding mereka yang datang dari Mexico yang hanya 7.5% memiliki kandungan vitamin D dalam darah yang sangat rendah. Sila rujuk jadual di bawah.
Kesimpulannya, bukan pemakaian purdah punca kepada masalah kekurangan vitamin D di kalangan rakyat Australia atau sesiapa jua tetapi banyak faktor lain yang perlu diambilkira.
Pemakai Purdah Hadapi Masalah Kekurangan Vitamin
Oleh Neville D'Cruz
MELBOURNE, 20 April (Bernama) -- Pelarian Afrika Utara dan rakyat Australia beragama Islam yang memakai purdah diberi ingatan bahawa mereka mungkin tidak mendapat Vitamin D yang mencukupi.
Daripada hampir 150 pendatang Afrika Utara yang mengambil bahagian dalam program pemeriksaan kesihatan, hanya dua yang mencapai tahap vitamin yang diperlukan untuk kesihatan, lapor Australian Associated Press.
Kajian itu dibuat di subbandar baratdaya Sydney pada musim sejuk dan panas 2006, dan kajian susulan, selepas musim panas berikutnya, menunjukkan sedikit peningkatan dalam paras Vitamin D tetapi hampir 90 peratus daripada mereka yang menjalani ujian masih mengalami masalah kekurangan vitamin itu.
Dr Craig Munns, dari Hospital Kanak-kanak Sydney, berkata mereka yang mempunyai kulit terlalu hitam memerlukan cahaya matahari tambahan untuk memperoleh jumlah Vitamin D yang diperlukan.
Bagi yang memakai purdah di luar rumah atas sebab agama, Dr Munns berkata mereka perlu memeriksa tahap Vitamin D setiap tahun dan menimbang mengambil vitamin tambahan setiap hari.
Dr Munns berkata ibu mengandung yang mengalami masalah kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan anak dalam kandungannya mengalami masalah sama.
Mereka ini perlu memeriksa tahap Vitamin D pada tahap awal kehamilan, manakala bayi yang menyusu badan perlu diberi Vitamin D tambahan sehingga berusia 12 bulan, katanya.
BERNAMA
BENARKAH PEMAKAIAN PURDAH PUNCA KEKURANGAN VITAMIN D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jANGAN LAH PAKAI PURDAH,, MEMADAI LAH MENUTUP SUSUK TUBUH YANG SEKSI TU,,,, MAAF YER YB,,,,
kepada pak oncu, maaflah kata2 anda sgt tidak relevan.buat apa utk katakan janganlah memakai purdah sedangkan pemakaian purdah ini adalah pakaian para isteri2 nabi Muhammad S.A.W jadi seeloknya katakan 'perempuan adalah lebih baik jika memakai purdah'.InsyaALLAH lebih terjamin kedudukan dan maruahnya.
wallahu'alam.
Pakar-pakar kesihatan , pakar kulit , pakar nutrition yang islam lagi beriman patut tampil dengan hujah dan fakta serta ujian makmal bagi memperjelaskan dan menjawab tomahan prajudis para oriantalis.
para oriantalis seringkali menyelewengkan fakta demi propaganda mereka untuk memburukan islam. Islam adalah ugama fitrah , Allah tidak pernah bermaksud menyusahkan manusia malah untuk menyelamatkan manusia dari apa jua.
kajian sains kata elok makan organ2 dalaman seperti hati,sedangkan dalam islam mengatakan kita tidak boleh makan makanan yang menjadi tempat gumpalan darah itu...
salam. ada pula macam tu. moga-moga ada doktor berjiwa Islam yang membuat R&D pula bahwa pakai purdah tu sebenarnya lagi baik, lagi sihat.
Boleh baca juga n3 saya pasal purdah ni untuk second thought lebih-lebih lagi ia ada kaitan dengan isu panas hari ini, selsema babi.
Tutup muka ala zorro, atau agama di http://abuyon.blogspot.com