Pray For MH370

Pray For MH370

JPJ DAN SPRM TANDATANGANI MoU TANGANI RASUAH










Tahniah dan syabas buat JPJ dan SPRM yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha meningkatkan integriti, profesionalisme dan membendung gejala rasuah di kalangan petugas JPJ.


JPJ Buat MoU Dengan SPRM Untuk Bendung Rasuah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang dikritik hebat kerana rasuah sejak akhir-akhir ini, Isnin menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membendung gejala rasuah dan meningkatkan integriti serta profesionalisme di kalangan warga kerjanya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata SPRM juga akan membantu JPJ dalam menyiasat latar belakang pegawai berkelayakan untuk kenaikan pangkat supaya jabatan itu bebas daripada budaya rasuah.

"Perjanjian dengan SPRM itu menunjukkan keseriusan JPJ dalam menangkis gejala rasuah di kalangan anggotanya," katanya kepada wartawan selepas melancarkan "Pelan Integriti JPJ Malaysia" di sini, hari ini.

Setakat ini, dua pengawai JPJ di Perlis dan Melaka yang dikenakan tindakan disiplin oleh Pasukan Petugas Khas Integriti JPJ, telah dirujuk dan didakwa oleh SPRM atas kesalahan rasuah.

Pelan Integriti yang dilancarkan itu menggariskan strategi dan program yang perlu dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan integriti warga JPJ, memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Ong berkata unit integriti juga akan ditubuhkan di pejabat JPJ seluruh negara bagi memupuk budaya integriti di kalangan pekerjanya dan bagi memantau aduan yang dibuat oleh orang ramai terhadap jabatan itu.

Katanya berkata jabatan itu juga akan memperluaskan lagi perkhidmatan e-Service bagi meliputi lebih banyak urusan.

"Langkah memperluaskan e-Service ini juga diharap akan dapat mengurangkan ruang bagi pegawai melakukan rasuah," katanya.

Beliau berkata di bawah pelan tersebut, satu Lembaga Pemantauan Puspakom dan Jawatankuasa Stakeholders JPJ juga telah dibentuk.

Katanya kedua-dua badan tersebut bertindak sebagai platform kepada orang ramai dan pihak yang berkaitan untuk menyuarakan pandangan dan kritikan mereka terhadap organisasi-organisasi tersebut dan pada masa yang sama membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatannya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ong juga menyeru agar JPJ keluar daripada kepompong yang sedia ada dan melangkah ke hadapan serta menepis dan menyingkirkan segala persepsi negatif terhadap jabatan itu seperti tidak responsif, tidak mesra pelanggan, birokrasi dan rasuah.

"Saya telah menerima aduan awam yang tidak berpuas hati dengan JPJ di mana ia bukan rekaan atau tohmahan semata-mata, dan datang daripada pengalaman pelanggan dan pihak berkenaan yang berurusan dengan JPJ pada setiap hari.

"Aduan dan tuduhan-tuduhan tersebut ada kebenarannya. Walaupun pahit untuk ditelan, itulah hakikat dan realiti yang perlu JPJ tangani," katanya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “JPJ DAN SPRM TANDATANGANI MoU TANGANI RASUAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com