Pray For MH370

Pray For MH370

ANDA HANYA DIBENARKAN MEMBAWA SIKAT RAMBUT

Tahukah anda memiliki senjata tajam merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa perlu membawa atau menyimpan "senjata tajam" di dalam kereta atau beg sandang? Bukankah negara kita aman, damai dan sentiasa selamat walaupun pada pukul 2.30 pagi di laluan motor sepanjang Lebuh Raya Persekutuan? Buktikan jika kenyataan ini tidak benar sama sekali atau tidak berasas langsung.

Kenapa tidak memadai hanya menyimpan wisel atau "pepper spary" di dalam poket atau beg tangan? Bukankah hampir setiap orang memiliki telefon bimbit dan pertolongan hanya sejauh satu panggilan telefon sahaja.

Senario 1


Apa yang anda perlu lakukan jika anda ditahan oleh penjenayah bersenjatakan parang atau sabit di laluan motosikal di Lebuhraya KESAS pada suatu malam dalam perjalanan pulang dari bekerja lebih masa dan anda tiada memiliki sebarang "senjata" kecuali tulang empat kerat dan sikat di poket belakang.

Senario 2


Kereta kancil baru dibeli yang anda pandu tiba-tiba disondol dari belakang oleh sebuah kerata proton saga. Anda memberhentikan kereta di tepi jalan untuk melihat kerosakan yang berlaku pada kereta anda. Tiba-tiba keluar dua orang lelaki yang mengacukan botol kaca yang telah dipecahkan bontotnya seraya meminta dompet dan telefon bimbit anda.

Apa yang wajar anda lakukan dalam situasi di atas? Ini subjek kemahiran hidup atau lebih tepat lagi "ikhtiar hidup"-"survival"

Kakitangan Kerajaan Ditahan Bawa Pisau Bayonet


Seorang kakitangan kerajaan ditahan kerana disyaki menunggang motosikal curi jenis RXZ serta membawa sebilah pisau benet dalam beg sandangnya dalam operasi bersepadu khas di Jalan Bangsar di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di jalan berkenaan pada pukul 2.30 pagi.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam kenyataan Khamis berkata polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana memiliki kabel elektrik dan senjata tajam dalam empat pemeriksaan berasingan semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini kerana memiliki empat kabel elektrik dalam beg sandangnya tanpa dapat memberikan penjelasan.

Dalam kejadian kedua di kawasan sama, polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sebilah pisau berukuran 23cm

Dalam operasi sama di Jalan Usahawan Setapak di sini, dua lelaki yang menaiki sebuah kereta ditahan kerana memiliki sebilah pisau Rambo berukuran 26cm manakala empat lelaki ditahan di Cheras kerana membawa sebilah keris, pisau dan sebatang besi tajam dalam kereta yang mereka naiki.

Sementara itu, sebanyak 137 kes samun dan ragut dilaporkan berlaku di sekitar Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul dan kawasan Petaling Jaya semalam.


BERNAMA


GUNA AKAL ELAK JADI MANGSA ROGOL


ZALIM, GANAS, BENGIS BRUTAL ATASAI DENGAN.....


BENTENG PERTAHANAN DIRI DAN KELUARGA

Comments :

4 comments to “ANDA HANYA DIBENARKAN MEMBAWA SIKAT RAMBUT”
zm.azami said...
on 

Asalam Yb Dr.

Harapkan tulang 4 kerat dan handphone aje lah yang boleh jadi senjata kita, itu pun cuma untuk menghubungi polis or rakan cop aje..

Yb Dr. saya followers blog Yb Dr. ke 20 dan izinkan saya listkan blog Yb. Dr. ini di dalam "my blog list" di blog saya, untuk menerima berita terkini dari Yb Dr.

zm.azami said...
on 

asalam Yb Dr.

izinkan saya "copy & paste" artikel ini kat blog saya... amat menarik cerita ini buat pengajaran bersama.

soklan said...
on 

Salam Dr. Halimah,
Apa komen PAS ttg keputusan kabinet utk kekalkan agama anak yg blm baligh stlh ibu atau bapa peluk agama Islam. Harap pimpinan PAS dapat keluarkan kenyataan mengutuk keputusan tersebut, jgn nk tunggu basi baru nk sibuk2.

Unknown said...
on 

Salam Sdr Soklan, kita tunggu Sura Ulama' apa reaksi mereka. Terima kasih

Sdr Zm.Azami, terima kasih atas kesudian Tuan. Silakan. Tahmid dan Takbir.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com