Pray For MH370

Pray For MH370

KERANA MEMBUAT LAPORAN POLIS, MP KAPAR DI SAMAN

Keputusan permohonan Ahli Parlimen Kapar untuk gugurkan saman fitnah RM10 juta 30 April ini


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 April bagi keputusan permohonan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam untuk menggugurkan saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh bekas Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran mengenai laporan berita kematian aktres K Sujatha.

Timbalan Pendaftar Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Pada 4 September 2007, Manikavasagam memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan saman difailkan oleh Kumaran, menyatakan ia semberono, menyakitkan hati dan mencabuli proses mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya, beliau mendakwa Kumaran tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan itu.

Dalam permohonannya, Manikavasagam mendakwa Kumaran melanggar peraturan sebagai seorang kakitangan awam seperti ditetapkan dalam Ketenteraman Awam dan Akta Polis.

Dalam afidavitnya, Manikavasagam, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau tidak melakukan perbuatan memfitnah kerana beliau membuat laporan polis pada 27 Julai, 2007, mengenai kematian aktres drama Sujatha.
Dalam laporannya, Manikavasagam meminta polis menyiasat kematian itu dengan terperinci.

Beliau juga berkata, kematian Sujatha menjadi perhatian awam, dan Kumaran, sebagai seorang pegawai polis, tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Pada 8 Ogos, 2007, Kumaran memfailkan saman fitnah terhadap Manikavasagam, editor Makkal Osai, M Rajintheram, akhbar itu dan pengedarnya.

Selain RM10 juta, Kumaran juga memohon ganti rugi bagi "dakwaan konspirasi" dan ganti rugi tambahan dan teladan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kumaran mendakwa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Manikavasagam pada 3 Ogos 2007 dan diterbitkan dalam akhbar itu pada 4 Ogos, 2007, menjejaskan kredibilitinya di mata umum. - Bernama

Comments :

0 comments to “KERANA MEMBUAT LAPORAN POLIS, MP KAPAR DI SAMAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com