Pray For MH370

Pray For MH370

PIL RACUN BENIH YANG MEMBAJA BUDAYA HEDONISME

myMetro » BeritaUtama

Pil ‘racun benih’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang mengandung tiga bulan menderita kesakitan apabila dipaksa kekasihnya meminum ramuan ‘racun benih’ mengandungi kapsul penawar tekanan darah tinggi dan ubat gastrik untuk menggugurkan janinnya.

Lebih menyedihkan, dia yang tidak mengetahui kesan meminum ramuan itu gagal menyelamatkan kandungannya daripada terjatuh di lubang tandas sebelum dihanyutkan ke saluran pembetung kumbahan.

Penggunaan kedua-dua ubat berkenaan kini semakin berleluasa di kalangan remaja yang terlanjur melakukan perbuatan terkutuk.

Difahamkan, kejadian yang menimpa gadis berkenaan berpunca sikap teman lelakinya, seorang pembantu sebuah butik enggan bertanggungjawab terhadap keterlanjuran mereka.

Pil ‘racun benih’

KOMENTAR: Seorang kawan pernah menceritakan hal ini kepada saya beberapa tahun yang lalu tentang kewujudan "pil racun benih" yang boleh memastikan hubungan kelamin rambang tidak diikuti dengan kehamilan atau dapat menggugurkan kandungan jika telah berlaku pembentukan janin. Satu lagi contoh bagaimana teknologi disalahgunakan oleh manusia. Wahai remaja wanita, berhati-hatilah apabila bergaul dan berinteraksi dengan teman lelaki anda di tempat-tempat seperti gerai dan restoran. Anda tidak tahu apa yang menanti anda.

Pelbagai helah dan cara boleh dilakukan untuk anda meninggalkan meja makan tatkala sedang bersantai dan makan minuman bersama kawan-kawan. Sepeninggalan anda, pihak yang "berniat jahat" boleh memasukkan pil khayal, pil berahi, pil racun benih dan berbagai-bagai lagi bahan kimia untuk "merosakkan anda demi nafsu jahat mereka".

"SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA"
"SUDAH TERANTUK BARU TERGADAH"
JANGAN JADI MANGSA " HABIS MADU SEPAH DIBUANG"

Comments :

0 comments to “PIL RACUN BENIH YANG MEMBAJA BUDAYA HEDONISME”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com