Pray For MH370

Pray For MH370

Lawatan Exco Pendidikan & Exco Pembangunan Sumber Alam & Pemodenan Pertanian ke SAMBESTARI JAIS Usj5

SAMBEST atau Sek Agama Menangah Bestari USJ5 yang baru saja mengadakan Hari Ihtifal atau Hari Anugerah Cemerlang 2007 pada 12hb April 2008 yang lalu telah dikejutkan pada 17hb April 2008 dengan beberapa orang pelajarnya dikejarkan ke klinik kerana keracunan makanan yang berpunca dari kurang kebersihan di dewan makannya. ADUN Puchong, yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pembanguan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan telah sempat ke sekolah untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku. Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor juga turut berkunjung ke SAMBEST.

Pelajar putera yang terkena keracunan makanan dihantar ke klinik.
Pelajar putera yang sedang menjalani ujian yang dilakukan oleh kakitangan pejabat kesihatan daerah.

Peralatan seperti sudu dan mangkuk yang kotor, menjadi tempat pembiakan maggot dan larvae lalat.
Kedua-dua Exco sedang berbincang tentang punca kes keracunan makanan di SAMBEST.
Kelihatan Datin Hamidah di apit oleh dua orang Exco Kerajaan Negeri Selangor, sedang melihat kaedah pemeriksaan jangkitan ke atas pelajar.
Kelihatan Wakil PIBG SAMBEST Pn Hanim, kedua-dua Exco negeri dan Pn Pengetua SAMBEST dalam satu sidang Akhbar dengan media semasa meninjau perkembangan yang berlaku di sekolah tersebut yang kini di bawah dua pentadbiran, iaitu kerajaan Pusat dan JAIS.

Comments :

3 comments to “Lawatan Exco Pendidikan & Exco Pembangunan Sumber Alam & Pemodenan Pertanian ke SAMBESTARI JAIS Usj5”
Anonymous said...
on 

slm Dr,
sy pohon kebenaran linkkan post ini ke blog sy..
terima kasih

Unknown said...
on 

Subang Jaya
Kantin mesti utamakan kebersihan
SUBANG JAYA - Kes keracunan yang membabitkan pelajar sekolah tidak sepatutnya terjadi dan kementerian seharusnya memandang serius perkara ini memandangkan ia mendatangkan kesan buruk kepada aktiviti harian pelajar. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor, Dr Halimah Ali, berkata tindakan serius perlu diambil untuk mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang kerana membabitkan soal kesihatan dan pendidikan pelajar.

Unknown said...
on 

C&P
SUMBER:SINAR HARIAN 19HB APRIL 2008
Pelajar: Sarapan ulat

SUBANG JAYA - Seramai 125 pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBES) di USJ 5, di sini, mengalami pengalaman ngeri apabila sarapan yang dihidangkan mereka mengandungi ulat.

Akibatnya, mereka mengadu sakit perut, cirit-birit dan muntah kira-kira jam 7.30 pagi semalam selepas menikmati sarapan itu di dewan makan.

Daripada jumlah itu juga seramai 20 pelajar terpaksa dihantar ke sebuah klinik di Kelana Jaya berikutan mengalami sakit perut dan muntah yang kritikal.

Sinar Harian difahamkan kesemua pelajar berkenaan sebelum itu menikmati sarapan bijirin serta susu yang disediakan pengendali makanan untuk pelajar yang tinggal di asrama.

Guru Penyelia Asrama SAMBES, Natrah Hashim, berkata pelajar-pelajar berkenaan mengadu sakit perut selepas menikmati sarapan yang disyaki kotor serta tidak disediakan dengan bersih.

Katanya, Selasa lalu tempat memasak bagi penyediaan makanan untuk pelajar asrama di sini telah disita Jabatan Kesihatan Daerah Petaling kerana gagal mencapai tahap kebersihan memuaskan.

“Sudah beberapa kali pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyuarakan masalah pengusaha yang menyediakan makanan untuk pelajar itu tidak bersih namun pengendali makanan masih berdegil dan tidak mematuhi peraturan.

“Berdasarkan pemantauan Pejabat Kesihatan Petaling juga mendapati tahap kebersihan pengendali dan tempat memasak amat rendah iaitu hanya 30.5 peratus,” katanya.

Menurut Natrah, sejak empat bulan lalu pengusaha terbabit sering sahaja menimbulkan masalah iaitu selain menyediakan makanan lewat daripada ditetapkan, makanan disediakan juga tidak mengikuti garis panduan keseimbangan zat yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

“Pelajar mengadu ayam dimasak masih terdapat darah, sayur serta buahan-buahan sering ada ulat dan busuk malah masih terdapat rumput serta tanah di dalam makanan disediakan.

“Kami berharap kementerian serta pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi kepentingan pelajar di sini,” katanya.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com