Pray For MH370

Pray For MH370

PASTIKAN PPRT TIDAK DISELEWENGKAN LAGI

Peruntukan tambahan RM3.5b basmi kemiskinan

BANGI 17 April - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memohon peruntukan tambahan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM3.5 bilion untuk memastikan kemiskinan tegar dapat dibasmi dalam tempoh yang ditetapkan.

Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kementerian membuat permohonan itu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) melalui Kajian Separuh Penggal RMK-9 yang akan dibentangkan pada Jun ini.

Katanya, tambahan peruntukan itu diperlukan oleh kementerian bagi melaksanakan pendekatan luar biasa untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh negara.

Menurutnya, dengan peruntukan itu, kementerian yakin dapat memastikan kawasan luar bandar akan dilengkapi dengan kemudahan asas, jalan kampung, bekalan elektrik dan air serta program perumahan rakyat termiskin (PPRT).

"Kita ada kurang dua tahun untuk mencapai sasaran. Itu satu cabaran yang besar. Saya beritahu Perdana Menteri, oleh kerana keadaan luar biasa mestilah pendekatannya juga luar biasa.

"Kita takut matlamat miskin tegar sifar pada 2010 tidak tercapai. Oleh itu kita minta peruntukan lebih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada lawatan pertamanya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke beberapa kawasan penduduk miskin dan daif di sekitar Pekan Bangi.

Muhammad berkata, di bawah RMK-9, kementerian diberi peruntukan pembangunan sebanyak RM11.031 bilion dan sehingga 14 April lalu, sebanyak RM4.2 bilion telah dibelanjakan.

Katanya, kerajaan turut menyalurkan peruntukan tahunan sebanyak RM2.5 bilion bagi pelaksanaan program pembangunan KKLW pada tahun ini dan 46.35 peratus atau RM1.2 bilion telah dibelanjakan setakat 14 April lalu.

Ditanya apakah pendekatan luar biasa yang akan dilaksanakan itu, Muhammad berkata, ia tidak boleh didedahkan kerana masih dibincangkan di peringkat kementerian.

Kata beliau, secara umumnya, selain projek pembangunan, peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk melatih belia luar bandar dan anak-anak keluarga miskin bagi membolehkan mereka keluar dari jaringan kemiskinan.

Menurutnya, antara program latihan itu ialah memberi kemahiran dan membangunkan hasil kerajinan tangan, projek ternakan haiwan, pelancongan dan sebagainya.

Mengulas program turun padang melawat kampung, Muhammad berkata, beliau akan ke Sarawak minggu depan untuk melihat sendiri keadaan penduduk miskin dan kemudahan asas di pedalaman negeri itu.

Katanya, pengalaman itu akan membolehkan beliau berbincang dengan Ketua Menteri untuk mencari jalan yang berkesan bagi membina jalan kampung dan memastikan bekalan elektrik dan air dapat disediakan.

Menjawab satu soalan, Muhammad berkata, kementerian akan berbincang dengan EPU untuk menyemak semula paras kemiskinan tegar berikutan kenaikan harga barang.

Pada masa ini, paras kemiskinan tegar dikira daripada pendapatan isi rumah kurang daripada RM420 di Semenanjung; RM520 di Sabah dan RM480 di Sarawak.

KOMENTAR:
"Muhammad berkata, di bawah RMK-9, kementerian diberi peruntukan pembangunan sebanyak RM11.031 bilion dan sehingga 14 April lalu, sebanyak RM4.2 bilion telah dibelanjakan." Mari kita semua pastikan segala peruntukan di atas disalurkan dan diuruskan dengan telus bagi mengelakkan penyelewengan. Apa kata kita jadikan motto kerja kita ' penyelewengan sifar" dalam menuju "kemiskinan sifar".


Comments :

0 comments to “PASTIKAN PPRT TIDAK DISELEWENGKAN LAGI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com