Pray For MH370

Pray For MH370

NEEDS & WANTS OF MALAYSIAN UNIVERSITY STUDENTS



Kertas Kajian di atas telah ditulis oleh En Rohaizat Bin Baharun dari Universiti Teknologi Malaysia dan telah diterbitkan oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM) vol 39, No , Disember 2004. Mungkin telah banyak lagi kajian yang telah dibuat sejak dari keluarnya kertas ini. Dalam usaha membangunkan modal insan, dua persoalan harus dijawab. Pertama, apakah yang dicari oleh pelajar di peringkat Universiti dan kedua, adakah harapan dan tanggapan mereka ini telah dipenuhi oleh pihak berwajib universiti? Jadi jawapan kepada persoalan pertama cuba dijawab oleh kajian En Rohaizat dalam kertas di atas.

Beberapa perubahan besar telah berlaku terhadap institusi pengajian tinggi di Malaysia, antaranya: perubahan status universiti awam kepada universiti swasta, penubuhan kolej universiti swasta , pembukaan kampus cawangan Universiti dari luar negara seperti Nottingham dan Monash dan memperkenalkan polisi baru tentang pendemokrasian pendidikan di Malaysia.

Walaupun Unit Penyelarasan Universiti (UPU) di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi memilih kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit dan pilihan pelajar itu sendiri, namun aktiviti pemasaran dan promosi oleh pihak universiti terus juga dijalankan. Beberapa tahun yang lalu, pihak IPTA menganggapnya sebagai "membuang masa".


Dalam kajian ini lima faktor utama telah dikenalpasti iaitu:

  • Nilai dan reputasi pendidikan
  • Struktur program
  • Orientasi pengguna/pelanggan
  • Yang mempengaruhi pilihan
  • Kemudahan dan sumber yang kondusif

Kajian di atas juga mendapati pelajar senoir dan junior memberi kepentingan yang sama kepada aspek fasiliti/kemudahan serta sumber yang terdapat di sesebuah IPTA. Perkara-perkara yang dikategorikan sebagai kemudahan dan sumber ialah:
  1. Lokasi strategik dan ideal
  2. Kehidupan sosial yang baik di kampus
  3. Persekitaran yang bersih dan selamat
  4. Kampus yang direkabentuk dengan baik dan kemudahan yang sangat baik
  5. Responsif terhadap keperluan pelajar
  6. Yuran tusyen yang berpatutan
Pelajar senior dan junior memberikan ranking yang berbeza kepada kategori nilai danreputasi pendidikan, struktur program, yang mempengaruhi pilihan dan orientasi pelanggan/pengguna.


Dari Kajian di atas, telah didapati bahawa pelajar meletakkan keutamaan yang tinggi kepada nasihat keluarga dan rakan sebaya dalam menentukan pilihan mereka iaitu IPTA yang mana satukah mereka akan pergi untuk meneruskan pelajaran di peringkat universiti.

Penulis telah merumuskan bahawa dengan meningkatnya persaingan di antara IPTA di Malaysia, imej sesebuah IPTA itu kian menjadi faktor penting dalam menentukan sama ada ia menjadi pilihan pelajar-pelajar. Dengan kata lain, branding menjadi bertambah penting .
IPTA yang memiliki kelainan dan imej yang menonjol mempunyai kelebihan persaingan yang lestari ("Sustainable Competitive Advantage, SCA ") untuk menghadapi realiti masa depan. Dari itu, pengarah,... pentadbir dan pengurus IPTA, juga IPTS hendaklah mengembleng tenaga dan berusaha untuk bertindak bagi mengatasi kekurangan, jika ada dalam kategori yang dibincangkan di atas. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan IPTA mereka kehilangan SCA . Makumat tentang kursus yang ditawarkan hendaklah disampaikan kepada ibubapa dan keluarga bakal pelajar melalui pelbagai media termasuk internet.

Comments :

3 comments to “NEEDS & WANTS OF MALAYSIAN UNIVERSITY STUDENTS”
Unknown said...
on 

salam YB Dr. HA
Tahniah di atas pemerhatian yang telah dilakukan. Nampaknya Dr dah mula sibuk buat penyelidikan atas kapisiti Dr. HA sebagai exco Pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan.
Di atas bahu Dr. HA juga tergalas beban yang sediakala ada, iaitu mengembalikan kedudukan IPTA kita (yang berada di Selangor) pada tempat yang sewajarnya, seperti mana kebimbangan yang sebelum ini pernah diutarakan oleh DSAI.
Ye, kedengarannya macam berat, dan ia bukan terpikul keseluruhannya atas Dr. HA, tapi rakyat selangor yakin atas kemampuan anda..walaupun belum dibuktikan lagi. Dr. terpilih di situ kerana kebolehan dan capability Dr. Perjuangkanlah...
dan jangan lupa pasal PTPTN. nak dengar jugak bila Dr. HA boleh cadangkan bagaimana untuk memansuhkan caj perkhidmatan tu.

p/s: pemuda Selat Klang tengah rancang program bersama dialog Dr. sebagaimana Dr. HA dah agak familiarize dgn portfolio ini, kami pulak sibuk study apa nak tanya kat Dr. nanti....hehehe

Unknown said...
on 

Saudara Mohd Shaiful yang budiman, diucapkan jutaan terima kasih di atas komen, pandangan dan pendapat saudara. Kita pernah berjumpa di Selat Klang ke? Singgahlah ke Pusat Khidmat ADUN dan berbincang dengan TN Hj Kamaluddin, PA saya di Selat Klang atau naik ke Tkt 12 bangunan SUK Shah Alam. Wasallam.

Unknown said...
on 

Saudara, jika ingin mengadakan program bersama, mohon agar tuan dapat menjadualkannya agar tindak berlaku pertindihan. Tolong bincang dengan Tn Hj Azmi, PA Exco. Terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com