Pray For MH370

Pray For MH370

TRUTH HAS PREVAILED BUT FOR A PRICE

Saya fikir inilah kali terakhir dalam masa terdekat ini saya akan ulas dan post kerataan akhbar tentang betapa busuknya cerita pasal khinzir ini. Saya telah mengulas dan menulis sebanyak sepuluh posting berkenaan kerbau pendek yang mencabar integriti, ketelusan dan kebijaksanaan YAB Tan Sri Abdul Khalid. Sekarang ini, kita tahu siapa yang duduk di kandang dan bergelumang. Kebenaran telah ditunjukkan oleh pihak yang tidak disangka-sangka datang ke hadapan dan mendedahkan puak-puak yang melakukan onar dan makar.

En Terence Fernandez, gambar di dalam keratan khabar telah menulis dengan gaya yang cukup menarik dan mencuit hati "khinzir" yang dijangka tidak akan puas hati melihat kejayaan Pakatan Rakyat (PR) memacu ekonomi negeri Selangor. Saya menerima pelbagai mesej sistem pesanan ringkas (SMS) yang malu nak sebut di blog ini. Saya sebut yang "mild" sahaja, contoh " Selangor Darul Khinzir", "Selangor Serambi Khinzir", " buat Pintu Gerbang Khinzir di pintu masuk KLIA", "Sekarang boleh kenduri khinzir percuma" dan berbagai lagi yang menyakitkan hati. Kadang-kadang lucu juga puak-puak UMNO/BN ini. Kesian diorang. Yang paling malang sekali ialah pengikut-pengikut yang jadi pak turut dan tok angguk. Masih tak nampak yang mana busuk yang mana wangi, yang mana penyapu buluh yang mana vakuum cleaner, yang mana haram yang mana harus, yang mana wajib yang mana mubah, yang mana dharuriat yang mana tahsiniyat, yang mana penting dan segera dengan yang mana tak penting dan tak segera.

Semua ini boleh berlaku sebab penyukat, neraca atau DACING yang digunakan sudah lapuk, tidak relevan dan tidak sesuai untuk digunakan lagi di zaman moden ini. Bagaimana nak tahu sesuatu itu masih relevan, berguna, berfungsi dan masih bermanafaat? Caranya ialah dengan berfikir, bertafakkur, berguru (belajar), bermuzakarah, berusrah, bermunajat dan berdoa agar mendapat hidayat.

Kalau pengajian di surau masjid diharamkan, tok guru dan ustaz tertentu disenaraihitamkan, disko dan jomheboh diperbanyakkan, hiburan dan realitiTV disemarakkan, pergaulan bebas digalakkan, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat dianaktirikan, tidak hairanlah jika buta hati nak melihat kebenaran. Tetap menyokong kebatilan dan ketaghutan.

Comments :

3 comments to “TRUTH HAS PREVAILED BUT FOR A PRICE”
Novoagri Life Resources said...
on 

Dari mana boleh rakyat dapatkan laporan terperinci cadangan projek tapak penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Hulu Langat?
Saya ingin tahu hal teknikal mengenai fasal ini: * Tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang sekaligus membanteras pencemaran air, bau dan alam sekitar yang kini dialami penduduk.

If you need to help the farmers to 'clean' the animal manure to avoid smell or contamination to the river or air, you can convey my contact to relevent parties (including Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari).

Segala kerjasama & sokongan didahului dengan ribuan terima kasih.

Lim Jit Ling
NovoAg Resources (biotech solutions)
019-3191139
email: novoag38@gmail.com
http://novoag38.googlepages.com

Unknown said...
on 

Thanks a million Mr Lim. We appreciate your comments and your capability to detoxify waste and by-products of animal farming. I shall forward it to the relevant individuals and bodies.

Anonymous said...
on 

Mestilah mereka marah sebab kandang khinzir PKR tidak semoden kandang Khinzir di Melaka yg mengeluarkan bau harum untuk penduduk melayu melaka serta tidak mencemarkan air sungai dan pantai.

Betul la Melayu mudah lupa...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com