Pray For MH370

Pray For MH370

PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAH AKAN DITERUSKAN

Kerajaan akan terus amalkan pengurusan kewangan berhemat





KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengamalkan pengurusan kewangan berhemat yang bukan sahaja dapat memastikan kemampanan ekonomi tetapi juga kebajikan rakyat terjamin dalam jangka masa panjang, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A Aziz.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan lebih berhati-hati apabila menguruskan Petronas iaitu perbadanan minyak negara.

Beliau juga menolak cadangan yang Petronas perlu membiayai secara langsung projek infrastruktur dan pembangunan di dalam negara.

"Ini adalah kerana rizab minyak dan gas asli adalah terhad,” katanya di dalam rancangan “Bersemuka Bersama Media” yang disiarkan di TV1 RTM, malam tadi.

Beliau berkata kerajaan yang kini mendapat dividen dan cukai dari Petronas, akan melabur hasil itu sebaik-baiknya supaya dapat menjamin masa depan rakyat.

Amirsham yang menolak cadangan terutama daripada pembangkang supaya menggunakan pendapatan Petronas secara langsung untuk projek pembangunan sambil berkata: “Penggunaan pendapatan Petronas, jika tidak berjaga-jaga akan menjejaskan masa depan Malaysia.
Menurut penganalisis, rizab gas dan minyak, hanya akan bertahan dalam tempoh empat hingga lima tahun. Rizab minyak dan gas asli tidak akan melimpah selama-lamanya.

"Dan jika pendapatan Petronas terjejas, kedudukan rating kewangan Malaysia juga akan turut terjejas dan sukar untuk kita untuk mendapatkan pinjaman,” katanya.

Rancangan selama sejam itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Salbiah Said dan Pengarang Meja Ekonomi Utusan Malaysia, Mustafa Kamal Basri.

Ditanya mengenai cadangan projek kereta api laju KL-Singapura, beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengambil risiko memajukan projek berkenaan kerana ia membabitkan perbelanjaan yang amat tinggi.

Projek itu dianggarkan menelan kos RM8 bilion dan dicadangkan oleh konglomerat YTL Corporation.

Ia dijangka mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapuran kepada hanya 90 minit.

Mengulas mengenai persepsi oleh beberapa pihak bahawa kadar inflasi yang kini berada pada paras dua peratus adalah tidak realistik, Amirsham berkata, pandangan itu mungkin timbul kerana rakyat beranggapan bahawa komponen makanan sahaja yang diambilkira dalam kompilasi (compilation) Indeks Harga Pengguna (IHP).

“Walaupun harga makanan meningkat, komponen telekomunikasi dan pengangkutan juga diambil kira di mana kos kedua-dua sektor ini sudah berkurangan. Dengan itu, purata inflasi negara adalah rendah,” kata beliau.

Amirsham juga berkata bahawa kerajaan kini menumpukan perhatian kepada program untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyat dalam usaha mengukuhkan lagi ekonomi negara supaya dapat menyerap kejutan-kejutan seperti lonjakan harga minyak dan pasaran saham yang tidak menentu.

“Saya cukup yakin pendapatan rakyat akan naik,” katanya.

Amirsham turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang petunjuk bahawa “pelaburan sudah mengalir keluar dari Malaysia.”

Katanya, persepsi bahawa pelabur-pelabur kini mengamalkan sikap berhati-hati kerana senario politik Malaysia yang tidak menentu hanyalah satu fenomena sementara. - Bernama

ULASAN: Sila rujuk posting saya tentang CPI (consumer price index) bertajuk CPI: Care to know" bertarikh 4hb Apri 2008. Juga sila lihat"bahanapi naik (BN)" bertarikh 7hb Mac 2008.

Comments :

0 comments to “PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAH AKAN DITERUSKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com