Semua 232 permit syarikat bas disyor digantung
PUTRAJAYA: Semua 232 permit bas sebuah syarikat bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan hampir setiap bulan sejak Disember lalu membabitkan kematian dan kecederaan, disyor digantung sebulan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata jawatankuasa siasatan kemalangan bas Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mengesyorkan tindakan itu kepada lembaga berkenaan yang akan bermesyuarat tidak lama lagi.
"Selain menyiasat empat kemalangan jalan raya yang membabitkan enam kematian dan 19 kecederaan oleh syarikat itu, jawatankuasa juga menyiasat pengurusan semua bas serta tahap keselamatan pekerjaan dan kesihatan pekerja syarikat berkenaan sebelum membuat syor berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Seramai 19 orang cedera parah dalam kemalangan di Plaza Tol Sungkai, Perak, 18 Disember tahun lalu, tiga terbunuh di KM383.7 Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Behrang pada 25 Januari, dua terbunuh di KM396.7 Lebuh raya Utara-Selatan pada 2 Febuari dan seorang terbunuh di Plaza Tol Seremban pada 8 April.
"Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya semua permit bas itu terus digantung untuk tempoh tertentu selagi pihak pengurusan bas tidak memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya. - Bernama
Dalam kes syarikat bas di atas, jumlah 232 lesen adalah sangat banyak. Mengapa perlu dilengah-lengahkan perbicaraan, dan jika sabit hukuman yang setimpal harus dijatuhkan secepat mungkin sebelum lebih banyak lagi nyawa terkorban.
Comments :
Post a Comment