Pray For MH370

Pray For MH370

RTM TIDAK BENARKAN SLOT UNTUK PAKATAN RAKYAT

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu slot daripada RTM

IPOH: Lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui pilihan raya umum lalu, mahu media massa terutama media elektronik bersikap adil dan memberi ruang untuk menghebahkan aktiviti negeri walaupun mereka masih parti pembangkang di peringkat Persekutuan.

Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mahu Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memberikan slot program untuk menghebahkan dasar dan polisi baru yang digariskan oleh kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan negeri yang baru lakukan untuk mereka dan satu caranya media elektronik perlu membantu kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pidato Negeri Pakatan Rakyat di Stadium Perak di sini, malam tadi.


Majlis itu yang dihadiri kira-kira 15,000 penyokong Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah sebagai menyatakan terima kasih pemimpin ketiga-tiga parti itu yang menyokong mereka dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mewakili Menteri Besar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam dalam ucapannya yang mahu lima kerajaan negeri itu diberikan lesen untuk melancarkan stesen radio dan televisyen.

Mohammad Nizar berkata, tidak ada cara lain untuk menghebahkan kepada rakyat dalam jumlah yang besar, mengenai dasar kerajaan negeri yang baru selain media elektronik, dan mereka akan memohon RTM memperuntukkan satu slot program selama sejam.

Katanya program “Bersama YAB” yang disiarkan RTM sebelum kerajaan negeri baru dibentuk perlu diteruskan kerana program berkenaan memberi peluang kepada Exco kerajaan negeri atau wakil rakyat berinteraksi dan menjelaskan visi serta misi kepada rakyat dalam kelompok yang lebih besar.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan memohon kepada Kementerian Penerangan untuk siaran program berkenaan beliau berkata: “Adalah menjadi tanggungjawab kementerian itu untuk menyebarkan polisi dan program kerajaan kepada rakyat.” - Bernama

Comments :

0 comments to “RTM TIDAK BENARKAN SLOT UNTUK PAKATAN RAKYAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com