Pray For MH370

Pray For MH370

PERUNTUKAN DUN SETENGAH JUTA SUDAH HABIS

Kerajaan Selangor mahu laporan perbelanjaan peruntukan Adun BN


KLANG: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bekas kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor yang lalu dikehendaki memberikan penjelasan mengenai perbelanjaan yang digunakan mereka daripada peruntukan bernilai RM500,000 seorang tahun ini bagi membiayai projek kecil di kawasan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, berkata daripada 56 Adun itu, hanya 54 saja menerima peruntukan itu manakala Adun DAP, Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dan Ng Suee Lim (Sekinchan) tidak menerima peruntukan setengah juta ringgit seorang itu yang diperuntukkan kerajaan.

Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang terkejut apabila dimaklumkan oleh beberapa pegawai kerajaan negeri bahawa ada di kalangan Adun sudah menghabiskan peruntukan itu dalam masa dua bulan pertama, tahun ini.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan dengan Adun di kawasan Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu, di sini hari ini.

Berikutan penemuan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan minggu lalu bahawa pentadbiran baru akan mengkaji cara peruntukan itu dibelanjakan oleh setiap Adun berkenaan.

Ditanya sama ada kerajaan negeri tidak akan memberikan peruntukan kepada Adun BN dalam belanjawan negeri pada tahun depan, Liu berkata perkara itu akan ditentukan setelah kerajaan negeri mendengar laporan serta jawapan daripada Adun terbabit. - Bernama

ULASAN: BEGINILAH AMALAN KEBANYAKAN ADUN BN. JIKALAU RAKYAT MASIH TAK NAMPAK, MASIH MENYANYIKAN LAGU LAMA, LAGU SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA,

(Korus RAKYAT DARI umno/BN): BIARKAN. ,,,,BIARKAN.

HAK DIA,,,,,,,,HAK DIA

PANDAI DIA,,,PANDAI DIA

REZEKI DIA.....REZEKI DIA

BIARKAN,,,,,,,,BIARKAN


Comments :

0 comments to “PERUNTUKAN DUN SETENGAH JUTA SUDAH HABIS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com