Pray For MH370

Pray For MH370

MENARA PEMANCAR BAWA PADAH

Pemandangan begini sudah menjadi suatu landskap yang biasa di negara kita. Di tempat saya di Klang, terdapat sebuah menara pemancar yang agak besar tersergam di atas sebuah bukit yang masih belum digondolkan. Di bawah pemancar itulah terdapat pelbagai ragam manusia. Ada yang sedang bersenam, ada yang sedang bertai chi, ada yang berlari anak, ada yang sedang makan di tepi tasik dan ada yang saja duduk-duduk bersantai. Tak jauh dari situ terdapat sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah serta beberapa taman perumahan. Sebuah stesen bomba telah dibina di situ.

Saya juga telah mendapat beberapa surat aduan serta satu petisyen yang ditandatangani penduduk di sekitar sebuah rumah kedai dua tingkat di Teluk Pulai Klang yang mengadu bahawa pemancar telekomunikasi berkenaan tidak sepatutnya ditempatkan di situ.

Apakan daya kita ?

Hidup bawah pancaran maut

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KELANA JAYA: Ibarat telur di hujung tanduk. Itulah situasi dihadapi penduduk Taman Subang di sini, yang dipercayai berisiko lebih tinggi diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, bersama 10 pelajarnya, baru-baru ini, melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di taman perumahan itu.

Anak lelakinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan peliknya selepas dirawat, ketumbuhan itu kembali berulang.

Anak perempuannya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal.

Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden dilaporkan diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.

Kebanyakan kes berlaku sesudah sebuah menara pemancar telekomunikasi didirikan di taman perumahan itu 10 tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung dengannya.

Dr Adlina yang turut menghuni taman perumahan itu mengambil inisiatif membuat siasatan mengenai bahaya kesan radiasi gelombang elektromagnetik (EMR) dihasilkan menara pemancar telekomunikasi sebelum melakukan kaji selidik dua minggu membabitkan 170 responden terbabit.

“Mengikut kajian satu badan dibiayai Kesatuan Eropah (EU) yang dipanggil Reflex menunjukkan, wujud kemungkinan gelombang elektromagnetik bertenaga rendah (EMF) dapat memusnahkan kromosom, merubah aktiviti sesetengah gen dan mempercepatkan pembahagian sel.

“Ini bermakna ada kemungkinan sesiapa yang mempunyai sel kanser peringkat awal berdepan risiko maut secara mendadak jika masuk ke Taman Subang dengan percambahan segera sel itu yang dipertingkatkan melalui gelombang EMF.

“Dengan jumlah lebih 50 antena dan cakera pemancar gelombang yang dipasang pada menara berkenaan, bayangkan berapa banyak gelombang EMF terpaksa diserap penduduk setiap hari,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, objektif kaji selidik yang dilakukannya untuk menentukan kesan EMR terhadap penduduk Taman Subang membabitkan kejadian kanser, simptom tertentu, kekerapan sambaran kilat dan kebimbangan penduduk setempat berhubung kewujudan menara telekomunikasi berkenaan.

“Hasil kaji selidik itu menunjukkan angka mengejutkan membabitkan kejadian kanser di kalangan penduduk apabila mendapati 18.8 peratus daripada responden lelaki berumur 40 hingga 59 tahun diserang kanser berbanding hanya 0.21 peratus penduduk lelaki Malaysia dalam lingkungan usia sama mengalaminya.

“Responden wanita pula dalam lingkungan usia sama 2.56 peratus berbanding hanya 0.38 untuk keseluruhan kes di negara ini.

“Bagi lelaki berumur 60 ke atas (responden) pula, 11.54 peratus penduduk Taman Subang mengalaminya berbanding lelaki negara ini yang seusia (0.94 peratus), manakala wanita seusia di Taman Subang 13.3 peratus berbanding 0.67 peratus di Malaysia.

“Secara amnya, 8.23 peratus di kalangan 170 responden mengalami kanser berbanding tidak sampai satu peratus membabitkan keseluruhan populasi penduduk negara ini mengalaminya,” katanya.

Menurutnya, kaji selidik berkenaan dibuat membabitkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan jarak 120 meter dari menara berkenaan dengan populasi penduduk dibahagikan tiga zon lingkungan iaitu Radius A yang berjarak 40 meter, Radius B (80 meter) dan Radius C (120 meter).

“Penduduk yang tinggal dalam Radius A mengalami simptom paling tinggi membabitkan keluhan pening, hilang ingatan, kurang penumpuan, loya, kemurungan, hilang selera makan, sakit kepala, gangguan penglihatan, gangguan waktu tidur dan ketidakselesaan, manakala penduduk yang tinggal dalam Radius B pula mengalami gangguan haid, penurunan keinginan syahwat, masalah kardiovaskular, kelainan pergerakan, gangguan pendengaran, keletihan serta ketidakselesaan.

“Walaupun simptom itu semakin berkurangan apabila menuju Radius C, zon berkenaan mencatat distribusi kes kanser paling tinggi,” katanya.

Dr Adlina berkata, pihak berkuasa perlu mengambil langkah sewajarnya dengan menghentikan operasi menara telekomunikasi itu seberapa segera untuk kesejahteraan penduduk.

“Saya sendiri terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM20,000 untuk merawat dua anak. Anak lelaki saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan selepas dirawat, kembali berulang. Anak perempuan saya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal. Seluruh ahli keluarga kami juga sentiasa berasa pening kepala melampau.

“Selain itu, kedudukan menara yang terlalu hampir dengan rumah penduduk iaitu sekadar 10 meter menimbulkan persoalan kerana garis panduan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jarak 150 meter,” katanya.

Comments :

3 comments to “MENARA PEMANCAR BAWA PADAH”
Anonymous said...
on 

Di tempat saya ada juga masalah demikian .Tolong lampirkan kpd saya contoh surat petisyen tersebut untk saya bertindak di tempat saya pula.T/kasih. email saya di:alhusseyn471@yahoo.com.my

Unknown said...
on 

Saudara. Tahniah di atas kecanggihan dan kandungan blog saudara. Saya misplaced file nya kerana sibuk pindah randah. Penduduk taman tersebut menyerahkan kpd saya petisyen berkenaan di awal bulan Mac 2008. Saya akan emailkan bila terjumpa. Sorry.

Anonymous said...
on 

Salam, cuma ingin memberi personal komen ...maaf sekiranya saya salah...kehidupan masa kini yang mementingkan teknologi memaksa golongan bijak pandai untuk menghasilkan pemancar...kini, pemancar pula jd punca masalah kesihatan...jika dibandingkan pemancar, terdapat juga ibu bapa yang menghadiahkan anak2 kecil mereka telefon bimbit dan tanpa sedar, ibu bapa juga yang telah menambah risiko untuk penyerapan radiasi...terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa terdapat bahaya radiasi semasa berhubung ketika bateri telefon lemah berikutan mekanisma telefon yang perlu mencapai frekuensi yang diperlukan...jika dilihat dari satu sudut yang lain, pemancar membantu kita berhubung melalui telefon bimbit atau menerima saluran lain...jika tiada pemancar, maka kita ini akan ketinggalan dalam penggunaan teknologi...cuba difikirkan dari pelbagai sudut...bukan hanya dari sudut pengguna (penduduk)...saya juga penduduk biasa, yg punya pendapat berbeza...mati itu pasti, sebab kematian, Dia yang tentukan...Wassalam

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com