Pray For MH370

Pray For MH370

MARI BELAJAR DARI KAK RAFIDAH: KAPAL NAK KARAM

Kenyataan Ketua Wanita UMNO mengesahkan bahawa parti UMNO ibarat kapal yang nak karam. Kita kata penumpang cepat terjun dari kapal, tetapi Rafidah kata jangan buang nakhoda ke laut. Minggu lepas saya berpeluang membelek buku hasil tulisan seorang guru dengan muridnya iaitu Professor W.Chan Kim dengan Renee Mouborgne berjudul "Blue Ocean Strategy" keluaran Harvard business School. Nak campak YAB PM ke lautan Biru atau lautan Merah? Nak ke lautan Biru kena bersih, cekap, amanah (BCA), berintegriti, berjiwa rakyat dan takut Tuhan. Nak ke lautan Merah, buat seperti dulu, kini dan selama-lamanya: rasuah, penyelawengan, salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, hipokrit dan lain-lain.

Anggota Umno hipokrit, kata Rafidah Aziz
Harakahdaily
Fri | May 23, 08 | 6:54:41 pm MYT

KOTA BAHARU, 23 Mei - Ketua Wanita Umno Dato' Seri Rafidah Aziz hari ini menyelar anggota Umno yang bersikap hipokrit sehingga menyebabkan parti itu berterusan dilanda pelbagai kemelut, lapor Bernama.

Menurut Rafidah, sikap 'yes boss' anggota parti yang mengiakan setiap keputusan dan kata-kata pemimpin walaupun mereka sebenarnya tidak bersependapat, menyumbang kepada masalah yang bertimpa-timpa dihadapi parti ketika ini.

Dengan sikap sebegitu, katanya, tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya Perdana Menteri dan Presiden Umno Dato' seri Abdullah Ahmad Badawi bagi kekalahan besar Umno pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Tidak patutlah kalau nak salahkan presiden semata-mata sehingga suruh dia letak jawatan. Ahli Umno ni ramai yang hipokrit, sebab itulah nakhoda tidak tahu mana nak pergi, dia ingat semua nak pergi satu tempat kerana di depan mereka kata ya, tak pernah ditegur, tapi belakang pula kata lain.

"Bila timbul masalah, suruh tukar nakhoda. Tak bolehlah setiap kali kapal nak karam, kita angkat nakhoda buang ke laut," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.

Rafidah berkata pelbagai kemelut yang berlaku dalam Umno kini memberi isyarat kepada anggotanya bahawa sudah tiba masanya mereka berubah dan lebih ikhlas dan berani dalam perjuangan.

"Hakikatnya tidak ada sesiapa yang berani cakap perkara yang menyakitkan hati ketua mereka. Ada yang berani tegur malangnya kalau ketua mereka sakit hati, terimalah padahnya, tapi yang pentingnya, perlu ikhlas dalam perjuangan.

"Ketua pun kenalah terima teguran anak buah dan anggap itu teguran membina. Dua-dua pihak sepatutnya lebih terbuka. Tapi cara tegur tu kenalah betul," katanya.

Comments :

2 comments to “MARI BELAJAR DARI KAK RAFIDAH: KAPAL NAK KARAM”
Anonymous said...
on 

apa cete ni... buang lautlah, nakhodalah, apa merepek repek OTAI yg tidak hormati dan tak disegani niii... YOU BETTER, resigned, give new people to lead. Yg lebih bersopan santun, tau adat and adap, yg tau hormat org tua, yg bersih. ni takda, dah nak mampuspun tak seder diri......tudong mana, ni ke pemimpin wanita. cakap macam pandai.....haprak betul

Canser vs B17 said...
on 

Bunyi berapi berapi, hipokrit LAH, YessBoss LAH, awak tu bukan ke salah seorang daripada Hipokrit.

Dah nyata PakLAh dan BN di tolak oleh RAKYAT, yang nenek tua ni masih nak mengampu dan YessBoss tu lagi buat apa???

Sudah sudah la nenek ooi..., tutup aurat dan bawa bertaubat, ingat rumah kata pergi, kubur dah memanggil-manggil tu, buatLAH kiraan berapa tahun lagi nak hidup, cukup ke amal ibadat? Kat alam Barzakh nanti PakLAH dan UMNO tak ada, takda sapa yang boleh tolong....,

Jangan bila di tanya "Apa Ugama Kamu" nenek Pidah jawap "Islam Hadhari Ugama Ku" " PAKLAH Imamku"

Se....La....MAT.....

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com