Pray For MH370

Pray For MH370

INTIPATI UCAPAN ABDULLAH DI PAU

Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak, bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.

"Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno.

Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya." tegas Abdullah.


"Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan"


"Umno jangan sekali-sekali mengamalkan diskriminasi hingga dianggap bersifat rasis kepada warga Malaysia yang bukan Melayu. Hak semua warganegara hendaklah sentiasa diberikan jaminan dan dihormati, dilindungi dan dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara."

*Abdullah: Umno Jangan Amal Fahaman Ekstremis Kaum Dan Agama

*Beri Sokongan Padu Kepada Najib, Kata Abdullah

*Pak Lah tempelak Najib sekat kebebasan rakyat bersuara

*Umno tidak akan berubah jika sekat kebebasan rakyat - PM


Abdullah: Umno Jangan Amal Fahaman Ekstremis Kaum Dan Agama


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan Umno supaya tidak mengamalkan fahaman ekstremis kaum dan agama dalam melaksanakan tanggungjawabnya membela nasib Melayu dan Bumiputera di negara ini.

"Umno jangan sekali-sekali mengamalkan diskriminasi hingga dianggap bersifat rasis kepada warga Malaysia yang bukan Melayu. Hak semua warganegara hendaklah sentiasa diberikan jaminan dan dihormati, dilindungi dan dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara.

"Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar yang terakhir sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Dalam ucapan bertema "Masa Depan Dan Survival Parti", Abdullah berkata rakyat negara ini telah lama bersetuju untuk menyuburkan semangat "yang berat sama dipikul, yang ringan itu sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah".

"Berusahalah!Berusahalah!Berusahalah! mencari titik pertemuan, menyemarakkan nilai persamaan. Jauhkanlah!Jauhkanlah!Jauhkanlah! daripada mengungkit perbezaan dan memperbesarkan kelainan," katanya.

Presiden Umno itu berkata beliau amat menghargai peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

Selama 52 tahun, katanya negara telah menghadapi pelbagai cabaran dan cekal bersatu menghadapi pelbagai kemelut sehingga menjadikan ia sebuah negara yang berdaulat dan makmur.

Beliau berkata negara sedang menghadapi tanggungjawab yang amat berat untuk meringankan rakyat daripada kesusahan yang berpunca daripada krisis ekonomi yang paling menakutkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Menurut Abdullah, keistimewaan luar biasa yang menjadi tunjang kekuatan Umno adalah kejayaannya merintis dan mewujudkan formula kerjasama antara kaum yang benar-benar bermakna.

Ia bermula dengan kerjasama Umno-MCA, diikuti dengan MIC untuk menubuhkan Perikatan sebelum ia dikembangkan menjadi Barisan Nasional, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, percubaan mewujudkan kerjasama antara kaum sebagaimana yang dilakukan oleh Umno itu turut dilaksanakan di antaranya melalui Independence of Malaya Party (IMP), Parti Negara, Parti Rakyat dan Parti Buruh, tetapi kesemuanya menemui kegagalan.

"Hari ini peniruan formula kerjasama hak cipta kejayaan Umno atau salinan foto yang paling hampir adalah usaha yang sedang ditiru oleh pakatan pembangkang yang sedang berbulan madu, tetapi jiran-jiran memberitahu, sudahpun terdengar bibit-bibit perselisihan," katanya.
Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak Lah tempelak Najib sekat kebebasan rakyat bersuara

Semakin dekat Dato' Seri Najib Razak menghampiri jawatan Perdana Menteri, bertambah ramai pihak tampil mempertikaikan kewibawaannya.


Malah kegelojohan pemimpin terbabit dapat dilihat apabila cuba menyekat kebebasan rakyat bersuara. Tindakan menggantungkan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan membuktikan hakikat itu.

Lebih memeranjatkan lagi apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti menempelak tindakan Najib dengan menganggap Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan 'order lama' yang tidak disenangi rakyat.

"Termasuk menyekat kebebasan rakyat. Ramai tidak yakin Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama dengan menyekat kebebasan rakyat menyuarakan kritikan," katanya pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat Umno tidak akan selamat bahkan mungkin berdepan dengan masalah dalaman yang lebih parah di bawah kepemimpinan Najib.

Menurutnya kekalutan yang berlaku dalam parti itu bukan kerana orang lain, sebaliknya kerana masalah dalaman parti itu sendiri.

"Keadaan itu berlaku berikutan kegagalan pemimpin Umno mentadbir parti dalam mengekang kemaraan rasuah yang semakin parah dan bernanah dalam parti itu," katanya pada majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah penghulu-penghulu Kelantan 2009, di Putik, hari ini.

Pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno semalam menyaksikan calon yang kurang pencalonan pada mesyuarat di peringkat bahagian menang iaitu Khairy Jamaluddin.

Sedangkan sebelum ini menantu Perdana Menteri itu disahkan bersalah kerana terbabit dengan amalan politik wang, namun masih berpeluang bertanding.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ekoran masalah yang berlaku dalam Pemuda Umno semalam beliau difahamkan telah berlaku rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan.

"Ini adalah sebahagian dari petanda-petanda yang akan memecah-belahkan Umno pada masa akan datang khususnya setelah berada di bawah Najib," katanya.

Beliau juga berkata, walau pun kesemua sayap Umno kini dipimpin pemimpin baru termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri namun asas perjuangan tetap sama.

Katanya, selagi parti berkenaan tidak menjurus kepada ketaqwaan kepada Allah dan hanya mengutamakan bangsa Melayu sahaja, suasana gawat tetap akan berlaku.

Oleh itu beliau berkata, bagi mengelakkan kecelaruan politik di negara ini rakyat hendaklah menolak perjuangan Umno dan BN.

Katanya juga pemimpin Umno sekarang mulai membaca terjemahan ayat-ayat al Quran ketika merasmikan perhimpunan tersebut semalam.

"Ini menggambarkan pengaruh PAS dalam masyarakat hari ini begitu hebat sehingga menyebabkan pemimpin Umno terpaksa menggunakan terjemahan ayat al-Quran dalam ucapannya untuk menarik perhatian umum.

"Perkembangan itu memaksa Umno menciplak apa yang menjadi pegangan PAS selama ini," ujarnya.

Beliau juga menyarankan Umno mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran sepenuhnya berbanding dari apa yang dilakukan sekarang hanya mengambil sebahagian kecilnya sahaja.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Umno masih lagi mengangkat pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah seperti diputuskan Lembaga Disiplin Umno terhadap Khairy sebelum ini.

Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Muhammad berkata, Umno semakin cepat menuju kehancuran apabila pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah diberi peluang menerajui Umno.

"Kemenangan Khairy membuktikan usaha Umno membanteras rasuah politik tidak berjaya," katanya.

Salmah Mat Husain/ Mohd Nor Yahya / Harakahdaily



-------------------------------------------------------------------------------------
Umno tidak akan berubah jika sekat kebebasan rakyat - PM

Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata "Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan lama yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat".

"Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama - kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga - dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

"Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu," kata beliau

"Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang.

"Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

"Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini."

Ucapan dasar terakhirnya bertema "Masa Depan dan Survival Parti", kedengaran bernada cemas seperti juga beberapa pemimpin kanan parti, imbas kembali penglibatan lamanya dalam Umno dan ramuan untuk parti itu mengorak langkah kedepan.

Abdullah juga menyatakan dukungan terbuka kepada penggantinya Datuk Seri Najib Razak, selain mengucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan memohon maaf atas kegagalan janji reformasinya.

"Saya percaya, saya menyerahkan tanggung jawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara.

"Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

"Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada presiden Umno yang baru, kepada perdana menteri Malaysia yang baru," katanya.

"Saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana melantik saya menganggotai jemaah menteri, melantik saya sebagai timbalan perdana menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai perdana menteri."

Dalam ucapan dasar lebih sejam - yang bertukar ucapan perpisahan - bermula kira-kira jam 10 pagi, Abdullah menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:

Setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.

Tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.

Program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.

Perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.

Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak, bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.

"Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.

"Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno," tambahnya.

Kempen reformasi parti itu bagaimanapun diucapkan dalam nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang.

"Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan.

"Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi.

"Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa 'Umno wajib melakukan perubahan'," kata Abdullah.

"Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan 'Aku akan berubah', lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.

"Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah."

Selain ucapan ini, sesi perbahasan usul-usul juga menarik perhatian ramai apabila perwakilan - secara tradisi - mengajukan kritikan dengan pantun atau seloka, nada keras dan lawak jenaka.

Namun, ramai peminat politik lebih ternanti-nanti keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.
wann/ Harakahdaily


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Beri Sokongan Padu Kepada Najib, Kata Abdullah


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.

Presiden Umno itu yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya, beliau menyerahkan tanggungjawab negara kepada Najib yang merupakan "nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara."

Abdullah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai presiden parti pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini turut memberi nasihat berasaskan pengalamannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, bahawa tugas dan amanah tersebut amatlah berat.

"Ada kalanya keputusan yang dibuat boleh mencetuskan kontroversi, ada keputusan yang tidak mendapat persetujuan seratus peratus.

"Tanggungjawab utama seorang pemimpin adalah menentukan sesuatu yang terbaik untuk warga dan negara meskipun ada keputusan yang tidak akan disenangi," katanya.

"Namun pemimpin itu perlu diberikan keyakinan dan kestabilan minda supaya terus bersikap rasional dan objektif. Jika kita tidak memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya, jika kita pula memilih menyerang dan mempersendakan peribadinya, kita sebenarnya bertanggungjawab melemahkan parti kita; kita juga bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin Umno di kerusi Perdana Menteri".

Abdullah berkata: "Kita sebenarnya menghakis sistem yang telah kita bina, sistem yang telah memberi kekuatan kepada kita selama ini.

"Betapa beratnya amanah yang wajib dipikul oleh Perdana Menteri, memenuhi tanggungjawab sebagai pemimpin parti, bangsa dan negara. Di bahu beliaulah harapan semua, tanggungjawab menentu nasib kita bersama," katanya.


BERNAMA

Comments :

0 comments to “INTIPATI UCAPAN ABDULLAH DI PAU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com