Pray For MH370

Pray For MH370

CALON NEGERI DI BAWAH BAYU MENYERLAH

Sabah adalah antara negeri yang mempunyai perwakilan tertinggi dalam pucuk pimpinan Umno pusat selepas tiga lagi pemimpinnya turut dipilih untuk mengisi 25 jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT)selain memenangi jawatan Ketua Puteri dan salah satu kerusi Naib Presiden.



Calon Sabah Jadi Pilihan Pada Pemilihan Umno


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencipta sejarah tersendiri selepas memenangi jawatan naib presiden Umno, menjadi pemimpin pertama dari Sabah untuk mencapai tahap itu dalam sejarah 63 tahun parti.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu merupakan calon yang mendapat undi ketiga paling banyak iaitu 1,445 untuk mengisi tempat terakhir jawatan itu dalam pertandingan lapan penjuru.

Dua lagi pemimpin yang berjaya mengisi jawatan naib presiden dalam pertandingan itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi sebanyak 1,592 dan bekas Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 1,515 undi.

Pencapaian Shafie itu amat membanggakan dengan mengambil kira bahawa Umno memasuki negeri di bawah bayu itu hanya 18 tahun lepas pada Februari 1991.

Malahan, Sabah adalah antara negeri yang mempunyai perwakilan tertinggi dalam pucuk pimpinan Umno pusat selepas tiga lagi pemimpinnya turut dipilih untuk mengisi 25 jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mendahului barisan itu apabila menduduki tempat ketiga dengan 2,084 undi. Ini diikuti Timbalan Menteri Pengangkutan dan anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, yang menduduki tempat kelapan dengan 1,804 undi.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menduduki tangga ke-20 dengan 1,517 undi.

Umno, parti politik terbesar di negara ini, mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pada Khamis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan keputusannya diumumkan lewat malam ini. Semalam, tiga sayap parti itu Pemuda, Wanita dan Puteri turut mengadakan pemilihan.

Malahan pada pemilihan itu, Sabah turut menyerlah selepas Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, anggota Parlimen Papar, memenangi jawatan Ketua Puteri Umno.

Shafie ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan itu berkata perjuangan Barisan Nasional (BN) melalui Umno masih utuh di Sabah, kini diperkukuhkan lagi dengan kemenangan barisan pemimpin dari negeri itu.

"Tohmahan pembangkang bahawa kita diketepikan (BN pusat) adalah tidak benar. Mereka boleh cuba (menguasai Sabah), tetapi sudah banyak pilihan raya di Sabah dan ada sesetengah kawasan pun mereka hilang deposit.

"Ini merupakan tanda-tanda kita akan memperkuatkan sokongan kita pada perjuangan BN menerusi Umno di sana," katanya.

Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata kemenangan beliau serta beberapa wakil lain Sabah pada pemilihan kali ini merupakan satu perakuan daripada para perwakilan yang ingin melihat perpaduan dipupuk di kalangan rakyat di Semenanjung dan negeri itu.

Katanya tugas pertama yang akan dilaksanakan adalah untuk memperkuatkan parti serta menguruskan khidmat yang diperlukan rakyat, dan beliau yakin ini dapat dilaksanakan terutamanya dengan pasukan baru Umno yang dianggapnya sebagai "pasukan berwibawa".

BERNAMA

Comments :

0 comments to “CALON NEGERI DI BAWAH BAYU MENYERLAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com