Adakah taat dan setia yang tidak boleh dibelah dan dibahagi, tanpa soalan dan syarat
satu tindakan yang bijak sana atau sini, dulu, kini dan selamanya.
Saya Akan Sentiasa Setia Kepada Presiden, Kata Muhyiddin
Timbalan Presiden Umno yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan sentiasa setia kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan membantunya memimpin parti serta mengemudi negara.
Muhyiddin, yang memperolehi 1,575 undi untuk menewaskan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, menyifatkan kemenangannya hari ini sebagai suatu amanah yang amat besar dan perlu dipikul dengan penuh jujur serta ikhlas.
"Saya bertanggungjawab untuk membantu Presiden parti. Saya berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh jujur serta ikhlas, dan sentiasa setia kepada Presiden dalam membantu beliau memimpin parti dan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita yang mengerumuninya selepas majlis pengumuman keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Muhyiddin yang juga Ketua Umno bahagian Pagoh berkata beliau akan turut membantu Najib mengukuhkan parti, terutamanya di dalam usaha untuk merapatkan semula barisan kepimpinan dan anggota Umno.
Bernama
IKRAR, AKUJANJI DAN SUMPAH SETIA MUHYIDDIN
Labels:
Timbalan Presiden UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment