Pray For MH370

Pray For MH370

HISHAMUDDIN TERLEPAS PANDANG FAKTA SEJARAH DATUKNYA SENDIRI

Cucu mintak maaf Tok sebab tersalah sebut tentang riwayat hidup Tok. Stress sebab isu PPSMI ni tak selesai lagi.

"Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar - pengasas Umno) ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu," bunyi pidato Hishamuddin.

Pak Menteri Pelajaran: Tolong ulangkaji sejarah. Tok Hang pun meninggal dunia bukan dalam pekat biru berkarat UMNO. MARILAH BERFIKIRAN TERBUKA.


(Datuk Onn left UMNO on August 26, 1951, to form the Independence of Malaya Party (IMP). However, the IMP failed to receive sufficient backing from Malayans, and eventually Onn left it to form the Parti Negara, which placed membership restrictions on non-Malays in an attempt to woo the Malays.


Pemuda Umno Ikrar Tentang Habis-habisan Petualang Bangsa

Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh 'petualang bangsa' dan berikrar mempertahankan kedaulatan negara.

Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

"Kita tidak akan membiarkan sama sekali tiang-tiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2008 di sini, Rabu.

Beliau yang tidak menyebut nama siapa yang dilabelkan sebagai petualang itu, berkata orang berkenaan sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyemai benih kebencian, bersekongkol dengan musuh dan menidakkan hak bangsa sendiri, kerana gilakan kuasa.

"Selain itu beliau juga sanggup menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda institusi raja dan sesiapa juga untuk memenuhi nafsu rakusnya," katanya.

Hishammuddin yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua pergerakan itu kali ini kerana bertanding jawatan naib presiden Umno, berkata petualang bangsa itu bertindak sebagai manusia pelbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi.

Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak menyalahguna kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api perkauman kerana ia boleh memusnahkan negara.

"Kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu, janganlah mengambil kesempatan menonjol keberanian, bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat yang mulia untuk melontarkan tuduhan liar tidak berasas," katanya.

Beliau berkata pembangkang kini dilihat sedang menyusun usaha secara terancang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.

"Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputera. Kontrak sosial sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman," katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati orang Melayu sepanjang 11 tahun menerajui pergerakan itu.

"Saya sedar banyak SMS dan surat layang disebarkan menyerang peribadi saya...saya menyerahkan kepada penilaian Ilahi yang Maha Mengetahui.

"Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar - pengasas Umno) ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu," katanya.

Beliau juga meminta barisan kepimpinan Pemuda yang baru supaya terus berusaha menarik minat golongan muda untuk menyertai Umno dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti.

Hishammuddin mahu pergerakan itu terus mendampingi rakyat dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa nasib mereka adalah sentiasa dibela.

Sehubungan itu faktor keikhlasan, kejujuran dan integriti amat penting dijadikan asas penilaian dalam memilih barisan kepimpinan Pemuda yang akan diamanahkan untuk menentukan masa depan dan hala tuju pergerakan itu, tambahnya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “HISHAMUDDIN TERLEPAS PANDANG FAKTA SEJARAH DATUKNYA SENDIRI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com