Pray For MH370

Pray For MH370

LAPORAN AGIHAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG BERCANGGAH

Dilaporkan oleh Bernama seperti di bawah ini: Anda bantu saya memahami kenyataan tentang jumlah peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diluluskan. Saya tak berapa cekap matematik.

1. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu RM1.3 bilion diberi kepada kontraktor bagi menambahbaik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di 322 sekolah di seluruh negara.

2.Ketua Setiausaha kementerian pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang berkata bahawa peruntukan RM2.4 bilion yang diperuntukan kepada Kementerian Pelajaran di bawah pakej rangsangan ekonomi akan turut digunakan untuk membina bangunan sekolah yang belum siap dan projek penambahbaikan pelajaran yang lain.

Laporan penuh di bawah.
*Peruntukan Untuk Bina Bangunan Sekolah Belum Siap

*Kerajaan Hadiahkan Projek Lebih RM3 Bilion, Dua Minggu Selepas Bentang Bajet Mini

Peruntukan Untuk Bina Bangunan Sekolah Belum Siap

Peruntukan RM2.4 bilion yang diperuntukan kepada Kementerian Pelajaran di bawah pakej rangsangan ekonomi akan turut digunakan untuk membina bangunan sekolah yang belum siap dan projek penambahbaikan pelajaran yang lain, kata Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Sebahagian besar pelaksanaan projek akan dimulakan dalam tempoh dua minggu lagi, katanya kepada pemberita.

Beliau berkata setiap minggu pihaknya akan melaporkan kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara mengenai tahap dan perkembangan pelaksanaan projek-projek.

Sehubungan itu juga, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan projek-projek berkenaan, kata beliau.

Zulkurnain berkata peruntukan khusus akan turut ditumpukan di Sabah dan Sarawak kerana bangunan dan kemudahan asas pembelajaran di kedua-dua negeri itu masih ketinggalan.

BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan Hadiahkan Projek Lebih RM3 Bilion, Dua Minggu Selepas Bentang Bajet Mini

Hanya dua minggu selepas membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan projek-projek bernilai RM3.202 bilion minggu ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu RM1.3 bilion diberi kepada kontraktor bagi menambahbaik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di 322 sekolah di seluruh negara.

Kira-kira RM95.5 juta pula akan diberi bagi projek menambahbaik dan memulihkan balai-balai polis.

"Pemberian projek-projek yang begitu cepat dibuat selepas bajet mini dibentangkan di Parlimen menunjukkan betapa seriusnya pihak berkuasa bagi menangani krisis global yang juga memberi kesan kepada Malaysia," kata Najib dalam satu kenyataan di sini.

Najib berkata ini juga menunjukkan bukti betapa seriusnya perhatian kerajaan demi kepentingan rakyat dan bagi merangsang keyakinan dan aktiviti sektor swasta.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain itu, projek-projek yang dikenalpasti di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama juga akan dipercepatkan demi faedah rakyat dan dipantau Unit Pengurusan Projek (PMU) yang diketuai Datuk Ir Mohd Othman Zainal Azim, yang juga Ketua Pegawai Operasi PMU.

"Setakat ini 16,386 projek bernilai RM1.67 bilion di bawah pakej rangsangan pertama telah diberi dan dilaksanakan. Ini termasuk projek bagi membangun dan memajukan modal insan, demi kepentingan rakyat dan meningkatkan daya saing," katanya.

Najib berkata pembangunan kampus IT HP di Cyberjaya sedang berjalan dan kontrak itu telahpun diberi.

Sejumlah 30 pelatih bagi program latihan penempatan dan pekerjaan graduan kini sedang ditemuduga.

Menjelang akhir bulan depan, semua 38,000 projek di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama dijangka dikeluarkan dan dijangka siap menjelang Ogos," katanya.

"Kami komited bagi memastikan pelaksanaan projek itu disegerakan bagi membantu rakyat dan badan perniagaan untuk mengharungi masalah yang dibawa oleh krisis ekonomi global," kata Najib.

PMU dan Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU) dan agnesi-agensi berkaitan telah di pertanggungjawabkan untuk memantau pakej rangsangan ekonomi kedua.

Najib berkata, sebagai tambahan, sebuah jawatankuasa teknikal, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, juga telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan itu.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat secara tetap dan melaporkan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Najib.

Dengan penubuhan PMU dan pemantauan tetap oleh Menteri Kewangan sendiri, ia akan memastikan matlamat yang ditetapkan mengikut kedua-dua pakej rangsangan itu akan tercapai.

Pakej rangsangan pertama bernilai RM7 bilion telah diumumkan pada 4 Nov, 2008 dan pakej kedua, RM60 bilion itu telah dibentangkan di Parlimen pada 10 Mac, 2009.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “LAPORAN AGIHAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG BERCANGGAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com