Pray For MH370

Pray For MH370

UMNO JOHOR MAHU PPSMI DIMANSUHKAN, PUTERI MAHU SYARIAH

UMNO Johor gesa PPSMI dimansuhkan sambil menyebut bukti kajian UMNO sendiri, UNESCO dan lain-lain.

Puteri UMNO mahu perundangan Islam dimartabatkan sementara UMNO Selangor mahu pemimpinnya menggunakan kuasa yang ada terhadap mereka yang mencabar status quo.


Perwakilan Mahu Perundangan Islam Dimartabatkan

Sistem perundangan dan ekonomi Islam perlu segera diperkasakan demi menjamin kekuatan dan keagungan ummah di masa akan datang, kata wakil Puteri Umno Seriwani Sabtu.

Dalam ucapannya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden, usul pendidikan dan agama sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, beliau berkata jika kedudukan syariah dimartabatkan, ia secara tidak langsung akan memastikan tidak berlaku lagi kes-kes mempersenda kesucian dan kedudukan agama Islam dalam negara.

Ketua Puteri Umno Setiawangsa itu berkata peranan dan kuasa Mahkamah Syariah wajar diperluas bagi membolehkannya membicarakan pelbagai kes-kes berhubung agama Islam dan bukan hanya tertumpu kepada kes-kes nikah kahwin semata-mata.

"Sepatutnya mereka yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan agama juga harus dibicarakan di Mahkamah Syariah dan jika sabit kesalahan, hukuman berat wajar dikenakan. Dengan cara ini baru agama Islam tidak diperkotak-katik sesuka hati," katanya.

Selain itu beliau turut menggesa agar langkah tegas dan proaktif diperkenal dalam mengawal akidah umat Islam bagi mengelak adanya kes-kes menyeleweng dari agama Islam, terutama di kalangan pelajar-pelajar beragama Islam.

Seriwani seterusnya menolak penganjuran sebarang majlis perbicangan antara agama bagi mengelak berlakunya campur tangan penganut agama lain dalam hal ehwal dan isu agama Islam.

"Jika dibenarkan mungkin akan ada pihak yang mengambil kesempatan mencalar dan merosakkan agama Islam. Justeru tindakan mengawal dan memantau perlu ditingkatkan," katanya.

Bagi memperkasa sistem ekonomi Islam pula, Seriwani menyarankan supaya satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes membabitkan kewangan Islam diwujudkan bagi mengadili kes-kes pinjaman dan hutang berasaskan hukum syarak.

Sementara itu Umno Selangor pula mahu anggota dan pemimpin Umno berani menggunakan kuasa politik bagi mempertahankan bahasa, agama dan kedaulatan raja-raja Melayu daripada diperkotak-katikkan pihak-pihak tertentu.

Wakil Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom berkata sejak kebelakangan ini para pemimpin Umno dilihat seperti takut untuk menggunakan kuasa politik yang ada bagi mempertahan hak itu.

"Apabila takut menggunakan kuasa, maka mudahlah diperkotak-katikkan," katanya.


Beliau juga mahukan supaya pemimpin Umno mengangkat bahasa Melayu di peringkat yang sewajarnya.

"Kita mahu bangsa Melayu mahir menguasai bahasa Inggeris, tapi kita juga mahu bahasa Melayu itu diperkasakan," katanya.

Sementara itu, wakil Umno Johor Ayub Rahmat pula meminta Majlis Tertinggi parti itu membatalkan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurutnya sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003, pelbagai bukti dan kajian termasuk yang dilakukan oleh Umno sendiri menunjukkan dasar itu merugikan pelajar-pelajar Melayu.

"Kajian demi kajian, penyelidikan demi penyelidikan termasuk oleh Umno sendiri mengenai PPSMI menunjukkan ia gagal. Mengapa Umno enggan menerima hasil kajian yang dilakukannya sendiri.

"Umno Johor mahu Majlis Tertinggi parti mengkaji semula PPSMI dan membatalkan perlaksanaannya," kata beliau sambil menambah konvensyen Umno Johor setiap tahun turut meminta pembatalan dasar tersebut.

Ayub berkata laporan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Unesco, turut mengatakan cara terbaik mengajar ilmu kepada murid-murid adalah menerusi bahasa ibunda.

Hasil kajian antarabangsa turut menunjukkan daripada 45 negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar katanya, hanya lima yang muncul sebagai negara maju.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “UMNO JOHOR MAHU PPSMI DIMANSUHKAN, PUTERI MAHU SYARIAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com