Pray For MH370

Pray For MH370

TIGA INSTITUSI PENTING WAJIB PASTIKAN PILIHANRAYA ADIL DAN TELUS















SPRM dan SPR/ PDRM diminta melaksanakan amanah yang telah diberi dengan adil dan saksama. Anda sedang diperhati oleh Rakyat Malaysia dan Penduduk Bumi serta Langit.


Woooww....Nilai Sogokan Pilihanraya BN Bernilai Lebih RM1 Billion!!



Andaiaan sesetengah pemerhati politik bahawa selepas keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang memihak kepada PAS diumumkan, isu sogokan pilihanraya pun akan terhenti terbukti salah.

Belum pun masuk 2 hari lepas pilihanraya itu selesai, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa banyak berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.

Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO.

Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh BN berleluasa dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.

Antara sogokan pilihanraya oleh BN yang dikesan NIEI ialah:



i) Kehadiran menteri-menteri kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada BN serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut yang diragui punca peruntukannya.

ii) Pemberian wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi yang diumumkan untuk diagih untuk warga Terengganu.

iii) Angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada pengundi Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.

iv) Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

v) Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

vi) Pemberian sewenang-wenang 583 projek tanpa tender Kelas F yang bernilai RM15.8 juta yang menyalahi Arahan Perbendaharaan.

vii) Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

viii) Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

ix) Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

x) Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

xi) Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

xiii) Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

xiv) Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

xv) Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu dan janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

xvi) Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

xvii) Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

xviii) Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Di samping sogokan,

BN juga melakukan penyalahgunaan kuasa apabila:

i) Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pengurus Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN.

ii) Pengurus Pilihanraya yang menggantikan Mat Razali, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu iaitu Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan berkecuali kerana didakwa melibatkan diri dalam beberapa program kempen BN.

iii) Penggunaan pejabat Menteri Besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

iv) Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

v) Pembabitan beberapa Kementerian Persekutuan bagi membantu kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu BN termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

vii) Pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN sebagai sogokan kepada pengundi.

viii) Penganjuran pelbagai konsert yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

Selain dari BN, PAS juga menurut Yunus Ali turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati. Seperti BN, pemimpin-pemimpin tertinggi PR berjawatan Menteri Besar dan EXCO mereka juga hadir dalam kempen yang diragui sumber peruntukan bagi membiayainya.

Walaupun jumlah peruntukan yang digunakan oleh PR yang melanggar etika amalan pilihanraya yang baik adalah terlalu kecil seperti setitik air di celah segugus lautan milik BN, namun ia tetap satu kesalahan pilihanraya yang di pandang serius oleh NIEI.

Semoga pendedahan NIEI akan menyedarkan semua pihak yang terbabit dalam pilihanraya agar lebih bertanggung jawab, ikhlas dan jujur ketika menjalani pilihanraya-pilihanraya akan datang. Rakyat mendambakan satu pilihanraya yang adil, tanpa sogokan, tanpa rasuah dan semua parti berjuang di atas padang yang sama rata.

Rakyat akan berbangga jika parti-parti yang bertanding tewas seperti pendekar dan menang seperti hulubalang.

- putra gunung kriang DI http://pendikargunung.blogspot.com/2009/01/wooowwnilai-sogokan-pilihanraya-bn.html

Comments :

1
Munawir Bin Haji Hassan said...
on 

Kalau kita lihat di Kuala Terengganu, PDRM bekerja bertungkus lumus menjaga keamanan. Tetapi mereka dituduh dan dihina dengan pelbagai kecaman. SPR pula dituduh berat sebelah dengan pengundi hantu dan sebagainya. PAS pula dengan senang-lenang menuduh polis bawa pengundi hantu, rasuah sana-sini tanpa sebarang bukti kukuh! Semua anggapan mereka dipenuhi dengan rasa syak wasangka yang berlebihan. Tetapi apabila PAS menang, Hj Hadi ucap terimakasih kepada SPR, PDRM, dengan penghargaan yang tinggi!!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com