Pray For MH370

Pray For MH370

PDRM MAJU SELANGKAH LAGI, KELAJUAN BERTAMBAH, AWAS PENJENAYAH

Dalam usaha penambahbaikan serta memperkasakan PDRM, Ketua Polis negara melancarkan ikrar yang akan menjadi janji setiap pegawai dan anggota polis PDRM bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terbela.

PDRM akan berusaha memastikan ikrar tersebut dapat dilaksanakan dengan menugaskan pegawai polis di tempat-tempat yang jenayahnya meningkat agar kehadiran mereka digeruni oleh penjenayah.

Berita ringkas yang menarik hari ini sempena memperingati Hari Polis ke-202.

*Ikrar Ketua Polis Negara Dilancarkan

*PDRM Tambah Dua Timbalan Ketua Polis, Enam Jabatan Baru

*Denda RM80 Kerana Kata Polis Bodoh

VIDEO PREVIEW KENDERAAN PDRM TERCANGGIH DALAM USAHA MEMBENTERAS JENAYAH.

Problem: Kereta Turbo tidak boleh dipecut serta merta dan perlu warm up idling serta cool down idling. Jika tidak diamalkan, sistem turbo cepat rosak. Jikalau perlu pecut setelah dihidupkan injin kerana nak kejar penjenayah, ini boleh memberi masalah.




Ikrar Ketua Polis Negara Dilancarkan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan melancarkan ikrar Ketua Polis Negara yang dibacanya sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta pegawai dan anggota PDRM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 Rabu.

Ikrar itu antara lain menyasarkan agenda untuk membanteras dan menyelesaikan kejadian jenayah, memastikan keamanan dan ketenteraman awam, meyakinkan masyarakat bahawa polis sentiasa bersama dalam memberikan perkhidmatan yang dikehendaki serta tidak akan bertolak ansur dalam segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan demi memantapkan integriti pasukan.

Ikrar Ketua Polis Negara, yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PDRM, juga akan menjadi janji setiap pegawai dan anggota polis PDRM bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terbela.

Musa berkata PDRM akan berusaha memastikan ikrar tersebut dapat dilaksanakan ialah dengan menugaskan pegawai polis di tempat-tempat yang jenayahnya meningkat agar kehadiran mereka digeruni oleh penjenayah.

Mereka yang hadir pada sambutan kali ini juga diperdengarkan lagu pasukan PDRM baru yang bertajuk "Tegas, Adil dan Berhemah".

Lagu itu adalah ciptaan Pengarah Pancaragam PDRM Supt Alina Saad dan liriknya ditulis oleh Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli.

Perbarisan serupa diadakan di seluruh negara.

Pada sambutan di SHAH ALAM, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Jamshah Mustapa berkata polis negeri itu berhasrat meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah melalui Rakan Cop dengan sasaran meningkatkan keahlian kepada 35,000 pada hujung tahun ini berbanding 27,000 sekarang.

Di KUANTAN, polis Pahang pula akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuantan dalam pemasangan 16 kamera litar tertutup (CCTV) bagi fasa kedua di sekitar bandar itu sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.

Di KOTA BAHARU, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mazlan Lazim berkata kadar jenayah di Kelantan menunjukkan penurunan sebanyak 13 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata penurunan kadar jenayah seperti samun dan pecah rumah itu merupakan satu kejayaan kepada polis hasil kerjasama erat polis dan masyarakat.
-------------------------------------------------------------------------------------
PDRM Tambah Dua Timbalan Ketua Polis, Enam Jabatan Baru

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan distruktur semula di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah dan balai-balai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata penstrukturan semula itu turut membabitkan penambahan dua lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan penubuhan enam jabatan baru kepada tujuh jabatan yang sedia ada.

Beliau berkata penstrukturan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan PDRM dan ia akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara dan kertas kerja mengenainya telah dihantar kepada mereka. Jika tiada kekangan kita akan dapat laksanakannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini.

Beliau berkata penambahan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang masih ditahap penelitian, penting untuk memastikan PDRM dapat merancang dan memfokuskan kepada usaha membanteras jenayah dengan lebih teratur.

Seorang Timbalan Ketua Polis Negara akan bertanggungjawab terhadap operasi, seorang lagi pengurusan dan yang ketiga risikan, katanya.

Musa berkata tranformasi yang dicadangkan di semua struktur dan peringkat itu adalah wajar untuk menambahbaik keseluruhan pasukan polis.

Selain itu, tambah Musa, PDRM merancang untuk membina sebuah pusat latihan polis di setiap negeri.

"Dengan adanya pusat-pusat latihan ini anggota kita boleh menjalani latihan intensif secara berterusan," kata Musa.

Katanya PDRM juga telah memohon kepada kerajaan untuk melengkapkan lagi kenderaan PDRM dengan sistem komputer bagi membantu operasi cegah jenayah.

"Dengan adanya kemudahan ini anggota kita akan dapat bertindak dengan lebih cepat dalam mengesan sebarang kegiatan jenayah," tambahnya.

Katanya hari ini PDRM telah memperoleh 25 buah Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution X (Evo-10).

Selain itu sebanyak 426 buah motosikal Honda ST 1300 akan digunakan bagi mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan tetamu-tetamu kenamaan negara selain untuk digunakan sebagai penugasan kawalan trafik.

BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------
Denda RM80 Kerana Kata Polis Bodoh

Akibat mengeluarkan perkataan kesat, "polis bodoh" kepada polis yang menyamannya, seorang pemandu teksi didenda RM80 di Mahkamah Majistret di sini Rabu.

Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman tersebut setelah Wong Yoot Weng, 62, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan lampu isyarat, Jalan Hang Lekir, pada pukul 5.32 petang semalam.

Wong didakwa telah mengeluarkan perkataan itu bagi tujuan mengaib dan menghina anggota polis trafik yang sedang bertugas iaitu Mohd Fauzlei Mohd Zaid, 26.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Cif Insp Charles Aliff Belon manakala Wong tidak diwakili peguam.

Menurut fakta kes, Mohd Fauzlei dan rakannya sedang menjalankan tugas iaitu menyaman sebuah teksi yang diletakkan di hadapan lampu isyarat Jalan Hang Lekir.

Tiba-tiba Wong datang ke arah Mohd Fauzlei dan mengaku teksi itu kepunyaannya sambil mengeluarkan perkataan "polis bodoh" kepada Mohd Fauzlei.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “PDRM MAJU SELANGKAH LAGI, KELAJUAN BERTAMBAH, AWAS PENJENAYAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com