Pray For MH370

Pray For MH370

"JAWATAN UNTUK DILELONG", TENDER TERTUTUP ATAU RUNDING TERUS??


Kata-kata nasihat dari orang lama dalam UMNO yang lazimnya hanya mampu dikeluarkan oleh kumpulan bergelar Pembangkang. Belum terlambat untuk melakukan perubahan.

"Nafsu gelojoh mengejar jawatan dan merebut kuasa membiakkan budaya baru iaitu budaya upahan dan imbuhan di mana sokongan yang diberi bukan kepada mereka yang berkemampuan untuk berusaha dan bekerja, tetapi kepada sesiapa juga yang boleh menawarkan sesuatu," katanya.

Rafidah berkata jawatan dalam Umno sudah mula menjadi seolah-olah "Tawaran Tender dengan pihak yang membuat tawaran tertinggi diberi pertimbangan. Bahkan lebih tepat lagi kalau dikatakan sudah muncul pendekatan 'Lelong Jawatan' dengan kemungkinan mereka yang sanggup memberi lebih diundi untuk sesuatu jawatan."

Penjenamaan Tidak Memadai Dengan Hanya Tukar Label, Kata Rafidah

Penjenamaan semula Umno tidak memadai dengan hanya menukar label atau peragaan jika tidak diiringi usaha meneliti dan memperbaiki isi kandungannya iaitu anggota serta pemimpin parti sendiri, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

"Sebenarnya bukan Umno yang patut berubah. Tidak ada cacat celanya parti yang menjadi payung dan penaung kepada orang Melayu selama lebih 62 tahun ini, yang patut berubah dan jalani proses perubahan ialah setiap daripada kita ahli-ahli Umno," katanya.

Dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Perhimpunan Agung Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu ketua pergerakan Wanita Umno itu berkata ketika ini terlalu ramai yang melaungkan tentang perlunya Umno berubah jika mahu terus relevan dan diterima rakyat terutama generasi muda.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno supaya tidak menggulangi kejadian 1987 ekoran pertandingan sengit merebut jawatan presiden parti, yang menurutnya mula mencetuskan penularan gejala politik wang dan politik berpuak-puak.

Rafidah berkata kesan daripada perebutan jawatan itu, Umno diharamkan dan apabila didaftarkan semula, parti itu dikenali sebagai Umno Baru, sebelum perkataan "Baru" digugurkan.

"Walaupun Umno yang baru itu kembali kepada misi dan perjuangan asalnya dan boleh diibaratkan sebagai rumah besar yang melindungi orang Melayu, terdapat jua penghuninya yang mencemar serta menjejaskan reputasi parti.

"Nafsu gelojoh mengejar jawatan dan merebut kuasa membiakkan budaya baru iaitu budaya upahan dan imbuhan di mana sokongan yang diberi bukan kepada mereka yang berkemampuan untuk berusaha dan bekerja, tetapi kepada sesiapa juga yang boleh menawarkan sesuatu," katanya.

Rafidah berkata jawatan dalam Umno sudah mula menjadi seolah-olah "Tawaran Tender dengan pihak yang membuat tawaran tertinggi diberi pertimbangan. Bahkan lebih tepat lagi kalau dikatakan sudah muncul pendekatan 'Lelong Jawatan' dengan kemungkinan mereka yang sanggup memberi lebih diundi untuk sesuatu jawatan."

Rafidah juga berkata sudah tiba masanya anggota Umno dan pemimpinnya memikirkan dengan serius hala tuju parti.

"Terutama sekali berdasarkan situasi semasa dunia seperti pergolakan yang berlaku di Gaza, pengajaran yang wajar dipelajari ialah bagaimana pentingnya menjaga perpaduan dan muafakat di kalangan anggota parti," katanya.

Beliau berkata rakyat mesti menolak budaya politik huru-hara dan politik jalanan seperti juga mereka menolak politik yang membawa pecah-belah di kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara.

Katanya Wanita Umno yang merupakan 38.7 peratus daripada keseluruhan anggota parti itu dan merupakan tulang belakang parti, perlu memastikan supaya tidak ada persengketaan selepas pemilihan parti hari ini, sebaliknya perlu meneruskan usaha membantu Barisan Nasional memenangi tiga pilihan raya kecil bagi merebut kerusi Parlimen Bukit Gantang, serta kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini.

"Insya-Allah kemenangan ini merupakan hadiah pertama Wanita Umno buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan memimpin negara selepas ini," katanya.

Rafidah juga mencadangkan supaya generasi muda diperkenalkan seawal mungkin mengenai pemerintahan Raja Berperlembagaan untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan.

Bagi menangani krisis ekonomi global, beliau menyarankan agar kaum wanita membantu melengkapkan usaha-usaha kerajaan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat bermula daripada unit keluarga masing-masing bagi memastikan kestabilan kewangan keluarga.

Malah dalam keadaan pekerjaan sukar diperolehi, terutama dalam sektor swasta, anak-anak muda perlu dibimbing supaya tidak memilih pekerjaan dan supaya sanggup menimba pengalaman dalam apa juga pekerjaan yang halal, katanya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “"JAWATAN UNTUK DILELONG", TENDER TERTUTUP ATAU RUNDING TERUS??”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com