Pray For MH370

Pray For MH370

AYAT-AYAT CINTA SHAHRIZAT DI AMBANG PEMILIHAN KETUA WANITA

Shahrizat akan menentang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan ketua pergerakan.

Shahrizat yang juga penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata, kepimpinan Wanita Umno juga mesti kembali menjadi "juara" dalam isu-isu wanita, keluarga dan syariah.

Hanya langkah ini sahaja mampu menarik pengundi wanita supaya kembali memberi sokongan kepada Wanita Umno sebagai pembela nasib mereka.

Shahrizat: Wanita UMNO Perlu Berubah Jika Serius Mahu Bantu Najib


Wanita Umno mesti berani membuat perubahan dan pembaharuan seperti yang dituntut oleh rakyat Malaysia, kata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata pergerakan itu perlu bertindak sedemikian jika mereka serius untuk membantu kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Kepimpinan Wanita Umno tidak boleh mengabaikan nasib 1.3 juta ahli wanita itu sendiri terutama dalam bidang pembangunan ekonomi dan sahsiah mereka serta peluang-peluang dan hak-hak mereka dalam parti dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Shahrizat yang juga penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata, kepimpinan Wanita Umno juga mesti kembali menjadi "juara" dalam isu-isu wanita, keluarga dan syariah serta tidak "lepas tangan" dalam perkara itu kepada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, langkah itu akan menarik pengundi wanita supaya kembali memberi sokongan kepada Wanita Umno sebagai pembela nasib mereka.

Shahrizat juga berkata masa depan pergerakan itu kini terletak di tangan setiap perwakilan yang akan mengundi pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari esok hingga Sabtu ini.

"Saya yakin mereka akan menunaikan tanggunjawab ini dengan penuh amanah dan bijaksana," katanya.

Shahrizat akan menentang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan ketua pergerakan itu.

Nasib sejumlah 267 calon yang bertanding untuk pelbagai jawatan, termasuk di peringkat Majlis Tertinggi parti dan jawatankuasa ketiga-tiga pergerakan dalam Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, kini terletak di tangan kira-kira 2,500 perwakilan parti itu.

Bernama

Comments :

0 comments to “AYAT-AYAT CINTA SHAHRIZAT DI AMBANG PEMILIHAN KETUA WANITA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com