Pray For MH370

Pray For MH370

UMNO MASIH LENA TIDUR DIBUAI MIMPI

UMNO masih menuding jari mencari siapa silap, terutama dalam halMelayu dan Bumiputra dihina. Teruskan tidur.

Melayu dan Bumiputera dihina, silap Umno sendiri


PAS menyanggah kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyalahkan pembangkang bila orang Melayu dan bumiputera dihina sewenang-wenangnya.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan dan kelemahan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan Abdullah tidak sepatutnya mengaitkan kelemahan Umno-BN dengan pembangkang kerana telah terbukti pemerintahan PAS di Kelantan yang telah hampir 20 tahun bersih dan telus tanpa sebarang salah laku dan rasuah.

"Kenapa Abdullah nak kaitkan pembangkang bila rakyat marah dengan Umno-BN sedangkan telah hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan tidak ada pun exco atau wakil rakyat yang dikaitkan dengan rasuah.

"Rakyat bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan Umno yang kononnya menjaga ketuanan Melayu namun membiarkan orang Melayu terus menerus dihimpit kesusahan," tegas beliau.

Pemerintahan PAS di Kelantan tegas Kamaruddin yang telus dan berintegriti diterima baik oleh masyarakat bukan Melayu dan tidak pernah berlaku orang Melayu dan Bumiputera dihina kerana hak semua dijaga.

Beliau seterusnya menegaskan penerimaan baik masyarakt bukan Melayu terhadap PAS di Kelantan membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputera tidak dipersalahkan sebaliknya mereka hanya menyalahkan Umno-BN.

mks/Irwan Muhammad Zain/ Harakahdaily

Comments :

2 comments to “UMNO MASIH LENA TIDUR DIBUAI MIMPI”
Anonymous said...
on 

Biarkan lah mereka terus tidur dan bermimpi,supaya kita boleh mentadbir negara ini nantidgn adil dan saksama.

Anonymous said...
on 

Betul Datuk,
Saya sebagai seorang bukan Melayu tidak bermasaalah dan akan sokong PAS jikalau PAS memerintah negara berbanding dengan UMNO (yang berpenyakit cancer korupsi, berjiwa diktator dan tidak boleh diubati lagi), asalkan semua rakyat dijaga dengan penuh keadilan, tidak kira bangsa. Hak hak bukan Melayu dan bukan Islam tetap diperliharakan. Bukankah kita semua anak Malaysia, Datuk?

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com