Pray For MH370

Pray For MH370

SUNGAI KLANG AKAN DIBERI WAJAH BAHARU

Kos untuk membersih dan memperindahkan sungai sepanjang 120 kilometer dianggarkan berjumlah RM10 bilion dan projek dijangka siap dalam tempoh lima tahun menurut YAB MB Selangor.

Apa yang menarik antara lain, apabila projek itu siap kelak adalah dijangka bahawa nilai aset hartanah sepanjang sungai berkenaan akan bernilai RM50 bilion, kata Menteri Besar itu.


3 negara setuju perindah Sungai Klang



Tiga negara Eropah sehingga ini telah menyatakan kesanggupan masing-masing untuk membersih dan memperindahkan Sungai Klang di Selangor.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kos membersih dan memperindahkan sungai itu akan ditanggung syarikat yang diberi hak untuk melaksanakan projek berkenaan.

Katanya, projek itu tiada kaitan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Kos untuk membersih dan memperindahkan sungai sepanjang 120 kilometer itu dianggarkan berjumlah RM10 bilion dan projek dijangka siap dalam tempoh lima tahun, katanya tanpa mendedahkan nama negara dan syarikat yang akan menjalankan projek terbabit.

“Menjelang Jun, kita seharusnya sudah mempunyai tim pengurusan projek dan menjelang Ogos akan ada dana swasta dan menjelang hujung tahun kerja-kerja fizikal akan bermula,” kata Abdul Khalid pada sidang akhbar selepas merasmikan program sehari bersama SYABAS sempena Hari Air Sedunia di sini hari ini.

Menteri Besar itu tidak pula menyatakan ganjaran yang akan diterima syarikat berkenaan kerana melaksanakan projek tersebut.

Apabila projek itu siap kelak adalah dijangka bahawa nilai aset hartanah sepanjang sungai berkenaan akan bernilai RM50 bilion, kata Menteri Besar itu.

Mengenai tarif air di Selangor, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mampu mengekalkan tarif air sekarang.

“Tarif air boleh dikurangkan 10 hingga 15 peratus tetapi untuk itu, SYABAS perlu melakukan tugas besar-besaran termasuk mempercepatkan kerja membaiki dan menukar paip lama yang bocor dan rosak,” katanya.

Sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, kerajaan negeri menghapuskan bayaran air kepada setiap isi rumah yang menggunakan kurang 20 meter padu air sebulan dengan kos RM11.40.

BERNAMA

Comments :

2 comments to “SUNGAI KLANG AKAN DIBERI WAJAH BAHARU”
Pak Lubis said...
on 

YB Dr.
Walau pun tidak dapat disangkal Sg Klang adalah sungai yang paling tercemar di Selangor dan perlu di beri wajah baru diharap kerajaan Negeri Selangor jangan lupa kepada sungai sungai lain di Selangor yang patut di jaga dari pencemaran.
Antara sungai itu adalah Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Selangor..

Anonymous said...
on 

waa.. mcm bestt je.. x sabar rasanya nk tgk perubahan sungai klang.. mana la tau..satu hari nanti.. sungai klang menjadii tarikan pelancong dlm & luar negara... hehehe..

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com