Pray For MH370

Pray For MH370

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DIROMBAK


Rombakan besar-besaran kakitangan kementerian yang baru kini sedang berlaku. Jangan salahkan sesiapa jika ada yang tak termasuk dalam "bas" sebelum bertolak meninggalkan Putrajaya menuju ke suatu destinasi yang DS Najib saja yang sangat arif tentangnya. Gambar logo PTD (pegawai tadbir dan diplomatik) dan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
KSN Umum Pelantikan 13 Ketua Setiausaha Baru Kementerian

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto atas kiri) mengumumkan pelantikan dan pertukaran 13 pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan dalam perkhidmatan awam berkuatkuasa esok.

Dalam satu kenyataan Selasa, beliau berkata pelantikan dan pertukaran itu itu adalah berikutan penstrukturan semula fungsi-fungsi agensi dan bahagian di beberapa kementerian dan susulan kepada susunan baru kabinet Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 9 April lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Dr Halim Man, 54, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf, 56, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Thomas George a/l M.S. George, 57, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya menggantikan Datuk Seri Dr Abdul Munit Kasmin yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan Datuk Segarajah Ratnalingam pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia menggantikan Thomas George.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi - STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datin Madinah Mohamad, 53, pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi menggantikan Datuk Abdul Hanan Alang Endut yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Setiausaha Bahagian (Kanan) Bahagian Perancangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Paduka Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, 53, dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menggantikan Madinah.

Timbalan Ketua Pengarah, Program Transformasi dan Kemajuan Nasional, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ali Hamsa, 54, dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Penswastaan dan Inisiatif Kewangan Swasta (PFI), Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Dr Muzahet Masruri, 57, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Transformasi dan Kemajuan Nasional, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menggantikan Dr Ali.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Datuk Mohammed Mohd Daud, 56, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Warisan), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Dr Azmal Mohd Nasir, 55, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Penerangan Datuk Dr Rothiah Omar, 53, pula dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pengurusan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Komunikasi, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Dr Mohd Ali Mohamad Nor, 49, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ali Ibrahim, 49, pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

BERNAMA

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Salam kpd KSN! Ngapa tak tukarkan Dr Raman Hashim SUK Perak tu. Banyak sangat kerenah berpolitiknya. Tak elok sgt perangainya campurtangan dlm politik sgt ketara.Saya malu dgn kawan di swasta, mereka kata pegawai kerajaan laku perkara sumbang pun masih kekal. Ini dikelihkan kpd KSN tak buat kerja. Calon ganti sangat ramai... SFINO ada.Bagi can lah Tan Sri..Kami dok KL pun meluat tgk Dr Rahman ni.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com