Pray For MH370

Pray For MH370

Aktiviti 18/04/08: Mesyuarat Tergempar bersama MTD Selat Klang dan PKR

Satu musibah yang tidak sepatutnya berlaku telah menimpa pelajar SRA Kg Delek . Satu mesyuarat tergempar MTD Selat Klang bersama Naib Ketua Bahagian PKR Kapa telah diadakan di Pejabat ADUN. Ikuti perkembangan selanjutnya di bawah ini.



Guru agama didakwa rogol, cabul murid


Noor Radzi Mohd. Yusof di mahkamah Seksyen, klang, semalam.


KLANG 18 April - Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas satu tuduhan merogol seorang murid berusia sembilan tahun lapan bulan dan dua tuduhan mencabul mangsa yang lain.

Noor Radzi Mohd. Yusof, 29, dari Kapar, didakwa merogol mangsa pada pukul 5.30 petang, 4 April lalu di dalam tandas perempuan Sekolah Rendah Agama, Kampung Delek di sini.

Tertuduh itu yang bertubuh kecil dan berkulit gelap didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Noor Radzi dibebaskan dengan ikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin.

Selain ditegah menganggu mangsa, tertuduh juga diperintahkan supaya melaporkan diri di Balai Polis Klang pada hari Sabtu setiap minggu dan hendaklah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Terdahulu, peguam bela, Ariff Azami Hussein dan Azizzul Shahriman Mat Yusof merayu supaya anak guam mereka dibebaskan dengan ikat jamin meskipun pendakwaan tidak mencadangkan jaminan.

Menurut Ariff Azami, tertuduh seorang guru sandaran dan gajinya dibayar oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diselenggara oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

"Pada 10 April lalu tertuduh yang sudah berkahwin telah dibuang kerja 24 jam," kata peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, Noor Radzi memohon supaya dibicarakan atas dua tuduhan mencabul kehormatan dua kanak-kanak berusia sembilan tahun dalam dua kejadian berasingan.

Noor Radzi didakwa mencabul mangsa pertama pada pukul 5.35 petang, 4 April di bilik sebelah tandas di tingkat satu sekolah berkenaan.

Manakala mangsa kedua pula didakwa dicabul pada pukul 5.30 petang, 8 April lalu di dalam tandas yang sama.

Majistret Zarifah Zainal Abidin membenarkan Noor Radzi dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM14,000 dengan dua penjamin.

Kes terhadap Noor Radzi akan disebut semula pada 15 Mei depan di mahkamah- mahkamah berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Penolong-Penolong Pendakwa Raya, Siti Syuhada Alwi dan Aimi Syazwani Sarmin.

ULASAN : Kita mengucapkan takziah kepada mangsa serta keluarga yang terpaksa mengharungi detik-detik mencabar. Beginilah " harapkan pagar, pagar makan padi ", "harapkan sokong, sokong membawa rebah" peristiwa hitam yang berlaku di SRA Kg Delek. Saya masih ingat, dalam bulan puasa tahun lepas (2007), semasa jemaah sibuk betarawih pada malam Lailatul Qadar, bertempat di SRA Kg Delek, satu pesta mengacau dodol telah diadakan dan pesta nyanyi menyanyi telah berlangsung hingga ke pagi. Turut serta dalam majlis berkenaan ialah ADUN Selat Klang ketika itu, penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan Exco Agama ketika itu. Kes pencabulan juga telah mula dikesan pada bulan Oktober tahun lepas tetapi kononnya "selesai dalaman". Kini kes ini telah dibawa ke tengah dan semua pihak terutama pihak Ustaz/ustazah amnya seperti "terconteng arang di muka" lantaran " disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga".

Nampaknya pihak berwajib harus melakukan ujian dan pemeriksaan mental terhadap guru-guru agama sebelum mereka diambil bertugas. Tidak cukup setakat melihat kelulusan akademik atau agama sahaja. Mungkin ada yang mengidap penyakit psikatri seperti "gangguan personaliti" dan sebagainya. Segala bentuk kegiatan luar mestilah dikelolakan oleh sekurang-kurangnya seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Segala bentuk hukuman hendaklah dijalankan semasa waktu sekolah dan bukan selepasnya. Dalam kes di atas, difahamkan bahawa mangsa telah dihukum selepas waktu sekolah. Pendek kata, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa hitam ini.


Comments :

0 comments to “Aktiviti 18/04/08: Mesyuarat Tergempar bersama MTD Selat Klang dan PKR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com