Pray For MH370

Pray For MH370

BETAPA PROFESIONALNYA PAKATAN RAKYAT

Sumber:UM

Selangor sedia beri jawatan kepada pemimpin BN

SHAH ALAM 22 April - Kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sedia melantik pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman untuk memegang jawatan tertentu dalam anak syarikat kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sesetengah pemimpin daripada parti pembangkang di negeri ini mempunyai kelayakan yang sesuai dan boleh dimanfaatkan untuk kemajuan rakyat serta negeri.

Bagaimanapun katanya, pelantikan berkenaan bergantung pada keputusan Exco kerajaan negeri jika mereka mahukan pemimpin BN yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu untuk membantu mereka.

"Kita harapkan satu kerjasama yang mantap di antara kerajaan campuran dengan BN untuk bersama-sama mentadbir dan menjalankan tugas memajukan negeri ini,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Kerajaan negeri kata beliau, tidak ada masalah untuk melibatkan pemimpin BN dalam pelantikan itu kerana melihatnya sebagai satu tindakan yang profesional.

"Sungguhpun begitu, ia terpulang kepada kehendak Exco mengikut bidang masing-masing," katanya.

Beliau diminta mengulas sama ada Selangor akan mengikut langkah Pulau Pinang melantik bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon menganggotai Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan investPenang.

Pada majlis itu, ADUN Sungai Pinang, Teng Chan Khim mendahului mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri diikuti ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha sebagai Timbalan Speaker.

Mereka yang lain ialah Abdul Khalid, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hassan Ali serta Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang juga ketua pembangkang di negeri itu.

Ditanya kemungkinan projek ternakan babi moden di Sepang mengeluarkan bau busuk seperti yang dihadapi oleh berjuta warga Britain ketika ini, Abdul Khalid berkata, perkara seumpama itu tidak akan berlaku di Selangor.

Ini kerana katanya, masalah yang dialami oleh penduduk Britain itu mungkin berpunca daripada penggunaan teknologi lebih rendah dan tidak mementingkan alam sekitar.

Bagaimanapun katanya, teknologi yang akan dilaksanakan di Selangor diyakini tidak akan menimbulkan masalah sedemikian kerana di Jerman sendiri, terdapat tujuh sistem yang boleh diguna pakai dalam penternakan itu.

"Kita belum lagi membuat keputusan terakhir untuk menggunakan teknologi berkenaan dalam pembinaan ladang tersebut.

''Buat masa ini, kita tetap dengan keputusan menggunakan teknologi daripada Jerman dan saya yakin ia tidak ada masalah," katanya.


ULASAN: Terfikirkah di benak kita Pemimpin BN Selangor yang kini Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor dilantik oleh YAB Tan Sri MB memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat? Begitulah betapa tingginya darjah "profesionalisme" beliau apabila ditanya pemberita tentang bagaimana Lim Guan Eng telah melantik Datuk Lee Kah Choon dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Invest Penang Berhad dan adakah Selangor akan ikut amalan yang sama.

Saya fikir jikalau pemimpin lain, tentu akan terus melenting dan melatah. Di Selangor, exco Pendidikan nak masuk ke sekolah-sekolah yang di bawah Kementerian Pendidikan untuk, contohnya merasmikan Majlis Kecemerlangan Pelajar pun dihalang kerana mereka takut dengan bayang-bayang sendiri. YAB MB Selangor nak guna RTM sejam dalam seminggupun tak dibenarkan seolah-olah RTM hak milik BN/UMNO seperti TV3 dan lain-lain hak milik Media Prima. Inilah negaraku, yang lain boleh, tapi nak guna kemudahan yang dibayai oleh duit rakyat sendiri, tak boleh.

Comments :

2 comments to “BETAPA PROFESIONALNYA PAKATAN RAKYAT”
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum Dr.Halimah,

Tahniah diatas kemenangan PR di Selangor.Saya adalah penduduk Jalan Yadi dimana Dr telah diangkat menjadi wakil rakyatnye.Sekadar ingin bertanya,adakah benar wanita bersalin akan dipanjangkan tempoh percutiannya dari 60 hari ke 90 hari? Kalau benar bila akan dilaksanakan? Memandangkan saya sedang hamil 7 bulan tentu seronok jika diberi cuti yg panjang sikit bagi menjaga bayi pertama saya nanti.

terima kasih.

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum Dr Halimah.

Tahniah diatas kemenangan PR di Selangor.Saya adalah penduduk Jalan Yadi dimana Dr telah diangkat menjadi wakil kami.Sekadar ingin bertanya, adakah benar cuti bersalin bagi wanita hamil akan dipanjangkan dari 60 hari ke 90 hari? Jika benar bila akan dilaksanakan? Memandangkan saya sedang hamil 7 bulan tentu seronok dpt bercuti panjang menjaga bayi pertama saya nanti.

Sekian terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com