Pray For MH370

Pray For MH370

WAWANCARA SINAR HARIAN DAN TAN SRI MUHAMMAD

Padah sebab beri hadiah ‘penyapu’

Soal: Apakah benar orang Melayu telah menolak UMNO pada pilihan raya umum yang lalu?

Jawab: Kita kena terima hakikat memang ada perpecahan undi Melayu. Hendak kata semua telah menolak UMNO tidak betul juga sebab kalau semua tolak UMNO tentu kita tidak boleh berkuasa di peringkat nasional.

Sebenarnya rakyat masih memilih UMNO dan calon-calon UMNO banyak yang menang dan memberi sumbangan kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah. Yang kalah teruk ialah komponen BN yang lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan. Kita tidak kalah teruk.

Undi Melayu tidak solid kepada kita, itu memang kita akui. Dalam waktu yang sama pengundi bukan Melayu – Cina dan India – yang masa lalu memihak kepada kita, kali ini telah memangkah orang lain. Mereka tidak suka kita.

Soal: Ada yang mengatakan pengundi menolak UMNO sebab meluat dengan perangai orang UMNO yang sombong dan suka memperlekeh parti lain. Adakah Tan Sri bersetuju?

Jawab: Ada yang saya boleh setuju, tetapi bukan semua. Sebenarnya ahli-ahli UMNO dalam keadaan selesa sejak sekian lama. Oleh sebab itu mereka terlalu yakin akan menang pada pilihan raya ini.

Apabila terlalu yakin jadilah bongkak, sombong. Ini kita tidak dapat nafikan. Sikap ini bukan sahaja menimbulkan rasa meluat, tetapi juga timbul sakit hati di kalangan pengundi sehinggakan mereka memangkah siapa sahaja asalkan bukan UMNO.

Soal: Mesti ada sebab-sebab lain?

Jawab: Banyak juga faktor lain. Macam saya kata bukan orang Melayu sahaja menolak BN atau UMNO, kaum lain juga berpaling tadah. Bongkak (ahli UMNO) hanya satu sebab.

Orang Cina tidak suka UMNO sebab mereka lihat UMNO sudah ekstrem. Sudah berani hunus keris. Mereka lihat debat perhimpunan agung UMNO (siaran langsung) menerusi TV, ada hentam-hentam Cina, tentu mereka tidak suka. Itu satu contoh.

Orang India pun ada isu juga, contohnya Hindraf. Orang India menganggap Hindraf perjuangkan nasib mereka sebab mereka beranggapan BN sudah tidak dapat membela nasib kaum India.

Dalam pada itu ada pula (di Selangor) tindakan meruntuhkan kuil Hindu. Memanglah boleh diruntuhkan sebab kuil dibuat tidak ikut syarat. Tetapi tindakan tersebut dibuat pada waktu hendak pilihan raya, tentu ada kesan. Orang India pun tolak BN.

Kemudian ada hadiah penyapu (di Selangor) diberi kepada kakitangan awam yang tidak cemerlang. Orang Melayu tidak suka benda macam ini. Tambah lagi kebencian orang kita terhadap parti. Semua ini menyumbang kepada kekalahan kita. Apa boleh buat...

Soal: Apakah serangan-serangan Tun Dr Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah juga menjadi punca kekalahan BN khasnya UMNO?

Jawab: (Tindakan Tun Dr Mahathir) memang ada kesan. Tun Mahathir tidak habis-habis menyerang Pak Lah sejak empat tahun lalu. Dia hadir pada majlis-majlis Pas untuk menceritakan keburukan pentadbiran. Mana boleh macam itu. Lagi pun apa yang dia cakap tidak betul.

Dulu apabila BN menang besar (pilihan raya 2004), Tun Mahathir kata patut beri ruang pada pembangkang. Tidak elok menang besar kalau tidak ada pembangkang. Sekarang bila pembangkang menang banyak, dia salahkan Pak Lah pula.

Selain tindakan Tun Mahathir, UMNO juga gagal dalam peperangan dengan internet. Kita tidak anggap ini sebagai satu yang serius. Ada sekian banyak portal-portal politik yang mendedahkan macam-macam keburukan pemimpin parti.

Sebenarnya portal sama seperti surat layang. Dulu-dulu hendak dapat surat layang bukan main susah, tetapi dengan ada internet bahan-bahan yang dulu disebarkan menerusi surat layang kini dengan mudah disebarkan melalui alam maya.

Kita gagal dalam peperangan ini, sedangkan rakyat boleh mendapat akses kepada sekian banyak portal. Kita tidak menjawab tuduhan-tuduhan dalam internet. Bila tidak jawab orang beranggapan apa yang dihidangkan di internet adalah benar. Dia orang tolak kita.

Soal: Memang tidak semua tuduhan dalam internet betul. Tetapi banyak juga yang dilihat seperti betul, antaranya agihan tender yang diberi kepada kroni dan keluarga. Apa kata Tan Sri?

Jawab: Yalah, ini ada kaitan dengan ketelusan. Macam yang saya kata kita tidak dapat menjawab. Memang ada kes agihan tidak adil. Kita akan perbaiki ini. Tetapi kita tidak boleh bertindak hanya atas tuduhan satu pihak.

Kita kena ada bukti baru boleh ambil tindakan. Kadang-kadang ada perkara yang memang nampak pilih kasih, tetapi pendakwaan tidak boleh dibuat dengan mudah sebab tidak cukup bukti.

ULASAN: Suatu pendedahan yang cukup menarik dari seorang ahli politik veteran. Pakatan Rakyat (PR), BN, dan beberapa puak lain seperti blogger boleh mempelajari sesuatu dari pengalaman Tan Sri. Terima kasih. "Point taken".

Comments :

0 comments to “WAWANCARA SINAR HARIAN DAN TAN SRI MUHAMMAD”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com