Pray For MH370

Pray For MH370

BANGLO EXCO: ADAKAH ASET ATAU LIABILITI?

Jangan jual banglo Exco

SHAH ALAM 23 April - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad mahu 10 buah banglo rasmi anggota Exco di Seksyen 7 di sini tidak dijual seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Katanya, meskipun belum ada sebarang keputusan mengenai perkara itu, beliau berpendapat adalah amat wajar banglo-banglo tersebut dikekalkan sebagai aset kepada kerajaan negeri.

Menurut beliau, kos penyelenggaraan yang ditanggung kerajaan negeri seharusnya tidak dilihat dari sudut pembaziran semata-mata kerana pelbagai faedah boleh diperoleh jika premis berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Jelas beliau, antaranya ialah dengan menyewakan kepada mana- mana individu atau organisasi yang berminat sekali gus menjadi sumber pendapatan kerajaan negeri.

''Pada pandangan peribadi saya, banglo-banglo ini kalau boleh jangan dijual kerana ia sepatutnya menjadi aset kerajaan negeri.

''Bagaimanapun, terpulang kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memutuskan tindakan selanjutnya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, para pemimpin PKR Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri menjual 10 buah banglo berkenaan kerana kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi selain wakil-wakil rakyat sudah mempunyai rumah sendiri.

Mereka berpendapat hasil penjualan banglo-banglo itu dapat disalurkan untuk tujuan pembangunan lain.

Iskandar turut bersetuju supaya banglo tersebut tidak digunakan sebagai kediaman rasmi Exco memandangkan semua Exco kini mempunyai kemudahan elaun perumahan.

Pembinaan 10 banglo yang dilengkapi sebuah rumah kelab itu pernah mencetuskan kontroversi tiga tahun lalu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Teng Chang Khim mendakwa pembinaannya menelan kos kira-kira RM40 juta termasuk kos tanah, pembinaan dan kelengkapan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kos sebenarnya adalah RM21 juta.

ULASAN: Memandangkan lokasi strategik banglo-banglo Exco legacy Dr Khir Toyo, kerajaan Negeri Selangor dicadangkan agar membuat kajian terperinci termasuk melakukan penilaian semula ("valuation") oleh Jurunilai hartanah dan penilaian keseluruhan isi rumah banglo berkenaan sebelum sebarang keputusan dibuat. Sekiranya banglo-banglo berkenaan akan dilelong, pastikan ia dilakukan dengan telus dan profesional. Sekiranya hendak dikekalkan sebagai aset negeri, adakah ini akan memberi pulangan yang munasabah kepada kerajaan dalam jangka masa terdekat.




Comments :

0 comments to “BANGLO EXCO: ADAKAH ASET ATAU LIABILITI?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com