Pray For MH370

Pray For MH370

UACAPAN BERNAS DAN PENUH BERMAKNA KEPADA RAKYAT SELANGOR

Beri Kami Setahun Bereskan Masalah Pemilikan Tanah – Khalid



TANJONG KARANG, 18 April – Bersempena genap 40 hari berlakunya pertukaran kerajaan negeri Selangor hari ini, kerajaan Pakatan Rakyat berazam memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.


“Dalam usaha melaksanakan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri Selangor, kami berpandukan konsep ‘keadilan secara sama-rata dan sama-rasa’,” kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Adun Ijok, menggariskan empat perkara yang menjadi keutamaan kerajaan baru itu.

Pertama, menyediakan kemudahan latihan kemahiran bagi para belia dalam pelbagai bidang berdasarkan minat dan kebolehan.

Dengan adanya kemahiran tertentu, setiap rakyat sedia mendapat pekerjaan yang upah atau gajinya setimpal dengan kos hidup semasa.

Kedua, kerajaan negeri amat menyedari masalah berkaitan pemilikan tanah yang sudah lama berlarutan, dan justeru itu berusaha menyelesaikan dengan segera dan memuaskan pihak terlibat.

Terdapatnya banyak kes yang menunjukkan pemilik tanah tidak mengusahakan sendiri tanah yang dimilikinya.

“Malah ada di antara mereka ini yang tidak tahu langsung terhadap kedudukan sebenar tanah mereka,” katanya di majlis jamuan mesra bersama masyarakat DUN Permatang di Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-gulang dekat sini.

Perkara sedemikian boleh berlaku kerana terdapatnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam proses pemberian dan pengagihan tanah tersebut.

Kebanyakan pemberian tanah tersebut dibuat secara tidak telus dan mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau sanak saudara.

“Kami sedia berpegang pada falsafah yang mudah dalam usaha melaksanakan urusan ini, iaitu mengikut pendekatan Rasullullah s.a.w. yang menetapkan; status sebagai pemilik tanah hanya diberikan kepada mereka yang mengusahakan sendiri tanah tersebut.

“Kami meminta tuan-tuan memberikan kami tempoh selama satu tahun bagi menyelesaikan perkara ini”.

Ketiga, pihak kerajaan negeri menggalakkan rakyat berusaha untuk menambah pendapatan masing-masing melalui pembabitan dalam projek-projek bertaraf industri kecil dan sederhana, terutamanya dalam bidang yang berasaskan pertanian dan penternakan.

Pihak kerajaan negeri sedia memberi sokongan dan bantuan yang berpatutan kepada sesiapa yang berminat untuk meneroka bidang-bidang tersebut secara serius.

Keempat, semua kemudahan yang sediakan oleh kerajaan negeri untuk keselesaan semua peringkat rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan nepotisme atau kronisme dalam pentadbirannya.

Setiap rakyat mempunyai hak yang sama dan kerajaan Pakatan Rakyat tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang tidak dapat memahami konsep keadilan untuk semua yang menjadi asas perjuangannya.

“Selaras dengan prinsip ini maka kita tidak menyisihkan sesiapa pun daripada menikmati hak untuk hidup sejahtera termasuk mereka yang selama ini tidak sehaluan dengan kita,” katanya.

Katanya kempen pilihan raya tempoh hari sedikit banyak menimbulkan sengketa dan perasaan kurang senang dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.

“Anggaplah ia sebagai suatu perkara yang lumrah. Kini pilihan raya sudah berlalu dan dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

"Saya merayu kepada pihak yang menang agar tidak berlagak sombong dan bongkak manakala yang kalah pula diharap dapat menerimanya dengan hati terbuka. Semua pihak pasti rugi sekiranya perasaan marah dan dendam sesama sendiri ini dibiarkan berterusan".

ULASAN:
Kini rakyat Selangor masing-masing bolehlah menyumbang mengikut kemampuan dan kemahiran mereka, ke arah negeri Selangor yang lebih dinamik, maju dan berkebajikan. Insya Allah dengan berpandukan kepada ucapan YAB Tan Sri MB, Selangor mampu menjadi contoh dan model pentadbiran yang telus, adil dan amanah.

Comments :

0 comments to “UACAPAN BERNAS DAN PENUH BERMAKNA KEPADA RAKYAT SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com