Pray For MH370

Pray For MH370

VIAGRA ANALOG TERDAPAT DALAM PRONATON

Henti penggunaan produk tradisional Pronoton


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk tradisional “Pronoton” kerana ia mengandungi racun berjadual “analog sildenafil” yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman, berkata pendaftaran produk itu sudah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dengan preksripsi doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Eisah berkata penggunaan produk tradisional mengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.

"Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta," katanya.

Beliau berkata, pemilikan untuk jualan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

ULASAN: Inilah budaya di Malaysia. Cukup mudah nak keluarkan "ubat" tanpa sebarang kajian yang lama dan rencam. Sesiapa yang memiliki modal, sedikit pengetahuan tentang herba atau perubatan tradisional dan memiliki sifat keusahawanan lagi berani mencuba, bila-bila masa dapat memasarkan produk masing-masing. Berpandukan konsep "first do no harm", banyak ubat-ubatan serta produk kesihatan dapat dipasarkan dengan laris melalui sistem pemasaran multilevel atau rangkaian (network) kepada pengguna kerana agak sukar untuk membuktikan sama ada satu-satu produk itu benar-benar bermanfaat seperti yang diiklankan.


Pengguna suatu jenama "ubat" atau produk kesihatan mengambilnya berdasarkan testimonial pengguna lain. Ia sering mendapati tiada kesan yang diharapkan lantas berhenti menggunakan 'ubat" atau produk berkenaan dan berpindah atau lalu mencari produk lain. Jadi bagi yang mempunyai duit lebih, tiada masalah timbul dan ia tidak akan tampil ke hadapan untuk membuat aduan. Pendek kata, sama ada mengambil sesuatu jenis "ubat" dengan tak ambil "ubat" berkenaan sama sahaja. Boleh juga "bangun" pagi, sihat sahaja. Tiada masalah. Ini yang dikatakan "no harm's done".

Bagi sesetengah pengguna "ubat" atau produk kesihatan pula , manfaat yang mereka perolehi adalah bergantung kepada kesan "plasebo" yakni kesan psikologi akibat daripada keyakinan yang amat tinggi kepada sesuatu "ubat" atau produk bahawa produk atau "ubat" berkenaan boleh menyebabkan tindak balas yang diingini atau seperti yang diiklankan. Sebab itu tidak hairanlah jika kita dapati suatu"ubat" atau produk kesihatan didakwa boleh menyembuhkan pelbagai simptom atau penyakit yang apabila kita kaji tidak mempunyai sebarang kaitan langsung, sebagai contoh, "ubat" X mampu merawat kemandulan lelaki, sengugut, asma, migrin, lumpuh dan lain-lain.

Dalam contoh kita, apa kaitannya kemandulan lelaki dengan sengugut, satu masalah kesihatan lelaki dan satu lagi masalah khusus untuk wanita sahaja. Mak nyah pun tidak mengalami sengugut kerana mereka tidak mempunyai kitaran haidh. Sebab mereka lelaki. Jikalau Mak Nyah ini mandul atau kurang subur, itu patut dan logik. Dalam contoh kita di atas, asma adalah penyakit sistem pernafasan manakala migrin berlaku di otak disebabkan salurnadi yang tidak stabil, mengecut dan mengembang. Cuma persamaan yang wujud antara migrin dan asma ialah kedua-duanya penyakit kronik yang berlaku berulang-ulang dan boleh sembuh buat seketika apa jua "ubat" atau produk kesihatan yang kita guna. Kecualilah jika sudah sampai ajal.

Seperkara lagi, penggunaan "ubat" tradisional atau moden membebankan fungsi ginjal atau buah pinggang. Banyak "ubat-ubatan" dinyahkan dari tubuh badan kita oleh ginjal. Bagi mereka yang fungsi ginjal tidak begitu baik seperti yang ditunjukkan oleh ujian darah "renal function", dinasihatkan berhati-hati terutama tentang minuman kopi pracampur yang kononnya mengandungi pelbagai herba seperti tribulus teristeris, guarana, Erycoma longifolius (tongkat ali), maca dan sebagainya. Benarkah kopi pracampur di hadapan anda mengandungi bahan-bahan aktif seperti yang tertera di paketnya? Hanya maklumat nutrisi atau "Nutritional Facts" sahaja yang diperincikan. Di mana kawalan mutu dan piawaian yang disebut-sebutkan ?


Comments :

1
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum Dr.

Terima kasih dengan maklumat berkenaan Pronoton, kerana sebelum ini saya ada mengambilnya. Di sini saya ingin bertanya berkenaan kanser.

1) adakah sel kanser boleh dikesan dan dengan apa cara atau teknologi yang ada.

2) Apa pendapat Dr. berkenaan vitamin B17, yang didakwa dapat membantu membunuh sel kanser.

3) Apakah pendapat Dr. berkenaan chemotherapy dan kesannya.

Maaf, kerana saya dalam dilema untuk menjalani kemoterapi minggu depan (28/04/08) kerana kanser payudara. ada juga yang mencadangkan supaya membuat rawatan alternative sahaja.

Dr. boleh menjawap pertanyaan saya ini terus ke alamat email saya di aiman_crs@yahoo.com atau aimancrs@gmail.com, harap dapat maklumbalas dari Dr. dengan kadar segera.

Terima kasih
Zuraida Mohyeddin

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com