Pray For MH370

Pray For MH370

PENSYARAH PERBANKAN ISLAM UIAM BERHUJAH MENGENAI PTPTN

Kaji PTPTN ikut syarak atau riba

MELAKA 18 April - Kajian terperinci perlu dibuat bagi menjelaskan status caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada ia menepati kehendak hukum syarak atau riba.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun urusan PTPTN di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerap dihujani pertanyaan mengenainya yang menuntut penjelasan umum.

Katanya, mereka juga mempertikaikan mengapa wang kerajaan mesti dikenakan caj khususnya golongan pelajar yang belum mendapat pekerjaan tetapi sudah diarah membayar semula pinjaman PTPTN.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan membuat kajian atau pendapat berhubung perkara tersebut bagi menjelaskan perkara itu.

''Pendapat mengenainya perlu dibuat melalui beberapa fakta dari sumber yang terdapat dalam al-Quran atau hadis ataupun pemikiran ulama terdahulu dan juga teladan timbul daripadanya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia di sini malam tadi.

Isu caj perkhidmatan yang dikenakan terhadap peminjam PTPTN mula ditimbulkan pada Disember tahun lalu melalui surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia.

Berikutan itu, PTPTN menyatakan pendirian tidak akan melupuskan caj perkhidmatan kerana kos tersebut digunakan untuk menampung faedah yang dikenakan terhadap pemberi pinjaman terutama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ahmad Zahid berkata, biarpun PTPTN sudah membuat penjelasan berhubung perkara itu, namun masih ada pihak mempertikaikannya.

Sehubungan itu, katanya, perlu ada bukti yang menyatakan caj perkhidmatan PTPTN bukan merupakan caj berbentuk faedah tetapi caj kepada perkhidmatan yang diberikan.

''Bagaimanapun, pada hemat kerajaan, caj yang dikenakan masih rendah dan munasabah.

''Ia bukan faedah kepada peminjam tetapi lebih kepada caj perkhidmatan untuk menampung sebahagian daripada kos pengendalian wang PTPTN,'' katanya.

Jelas beliau, golongan yang mempertikaikan mungkin sengaja mencari alasan untuk memprotes dengan tidak mahu membayar caj faedah.

KOMENTAR;
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM


LAPORAN akhbar mengenai caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik perhatian saya. Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya.Saya amat menghargai hasrat Pengerusi PTPTN itu. Ia adalah tindakan yang amat wajar. Namun, harapan, bayangan dan pendapat awal beliau mungkin boleh menyebabkan disilap tafsirkan, beliau dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata:“Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan.”

Kos Pentadbiran Yang Bermasalah.

Kita semua mengetahui dengan jelas bahawa PTPTN menggunakan akad pinjaman kepada pelajar. Ia sangat jelas termaktub di dalam laman web PTPTN. (Rujuk http://www.ptptn.gov.my/ web/guest/anjung).

Keputusan persidangan ulama antarabangsa di bawah Badan Kewangan & Perakaunan Islam Antarabangsa (AAOIFI) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah dilarang sama sekali dan ia adalah RIBA. (Rujuk www.aaoifi.com) Bagaimanapun, dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut “It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given).” (Tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan.” (Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338).Ini kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan sistem yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidangan tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya.Selain itu, keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman.

Malangnya, cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini. Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad atau kontrak pinjaman.

Cara Kiraan

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 3 peratus daripada jumlah pinjaman berbaki setiap bulan dengan hujah ia adalah kos pengurusan yang halal dan sebenar sukar untuk diiktiraf oleh mereka yang benar-benar faham isu kewangan dan syariah.Malah, formula kiraan caj perkhidmatan ini juga bersifat ‘reducing balance’ dan ‘monthly rest’.

Formulanya kiraan caj perkhidmatan seperti berikut (rujuk http://www.ptptn.gov.my/c/ portal/layout?p_l_id =PUB.1.150)Kos Pentadbiran Bulanan = 3 peratus x baki jumlah semasa x 1/12Cara kiraan ini adalah hampir serupa dengan kiraan pinjaman riba dalam pinjaman perumahan di bank konvensional, bezanya ia lebih murah daripada kadar riba bank konvensional yang bersifat komersial itu.Sebutan mudahnya, setiap bulan sejumlah riba akan diambil daripada peminjam berdasarkan baki ‘outstanding balance’ dalam bulan berkenaan.

Untuk menjelaskan cara kiraan, katalah pinjaman saya seperti berikut:Jumlah Pinjaman Pelajaran: RM 19,500 (pinjaman penuh aliran Sastera di IPTA untuk tiga tahun) Tempoh bayaran semula: 120 bulan (sebagaimana ditetapkan)Caj Perkhidmatan: 3 peratus = Jumlah keseluruhan untuk 120 bulan = RM 3821.38Cara kiraan penuhnya, anda boleh masukkan info di capaian halaman berikut: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/loan_calc


Comments :

1
Anonymous said...
on 

Salam Dr Halimah,

terima kasih kerana membincangkan perkara ini. minggu lepas saya hadir di kursus kewang Ustaz Zaharuddin. Beliau bolehlah dikira sebagai expert di dalam bab kewangan islam ini.

Beliau ada memberitahu yang beliau ada berbual dgn Dato Zahid mengenai masalah PTPTN ini dan mereka sudah menjadi kenalan ketika Dato di JAKIM lagi.. Respons nampaknya baik apabila Ustaz diminta memberi proposal kepada Dato mengenai cara untuk mengatasi masalah PTPTN ini..

Semoga usaha ustaz mendapat kejayaan dan memberi peluang untuk kerajaan membaiki sistem yang sedia ada..saya fikir semua pelajar yang ada loan dengan PTPTN akan menyokong usaha memansuhkan faedah 3% tersebut

hafiz

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com