Pray For MH370

Pray For MH370

70% DISKAUN UNTUK DENDA CUKAI PINTU

Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepemimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid dalam tempoh tak sampai tiga bulan mengumumkan lagi satu pakej "negara berkebajikan" apabila beliau menurunkan denda lewat pembayaran cukai pintu sehingga tujuh puluh peratus di semua PBT negeri Selangor. Pembayar cukai diberi tempoh hingga penghujung bulan Jun 2008 untuk berbuat demikian.

Menurut beliau dalam keadaan negeri Selangor masih memerlukan dana untuk tujuan kebersihan dan peningkatan prasarana, namun Selangor masih mampu berbuat demikian.



Pengurangan Denda Lewat Bayar Cukai Pintu






mbmpsj.jpg
Abdul Khalid dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim bersalaman dengan pegawai MPSJ selepas selesai majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan Selangor di Dataran SUK , pagi semalam.





dsc_0104sm
Tan Sri Abdul Khalid menerima cenderamata daripada Yang Dipertua MPSJ,


Sumber Suara Selangor Maju


NOOR ALLIA KASSIM


SHAH ALAM, 5 Mei – Pembayar cukai pintu yang dikenakan denda akibat lewat membuat bayaran hanya perlu melangsaikan 30 peratus daripada jumlah denda mereka bermula esok.


Tawaran yang berkuatkuasa di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor itu diberi kepada mereka yang mempunyai tunggakan denda setakat 31 Disember tahun lalu.

Pengumuman berkenaan dibuat Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dekat sini pagi tadi.

Mengulas mengenainya dalam sidang media selepas itu, beliau berkata pengurangan sebanyak 70 peratus itu diberi sehingga 30 Jun ini.

Dalam tempoh itu juga, mereka yang lewat membuat bayaran cukai pintu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini dikecualikan daripada membayar denda.

Tan Sri Abdul Khalid berkata walaupun langkah itu mengurangkan perolehan kerajaan negeri, ia menjadi satu galakan kepada pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya tahu ia akan mengurangkan dana kita, tapi kita berharap dengan cara pembayaran yang cepat kita akan dapat kumpulan wang itu untuk digunakan memberi perkhidmatan kepada pejabat daerah atau majlis perbandaran,” katanya.

Beliau berkata wang berkenaan juga boleh digunakan bagi menjalankan program kebersihan dan meningkatkan prasarana.

Ditanya kemungkinan kerajaan negeri akan menurunkan bayaran cukai pintu pada masa depan beliau berkata perkara itu belum dapat dibuat.

“Kita belum dapat menurunkan cukai pintu sebab pembangunan ekonomi belum sampai tahap yang ingin kita majukan dan kita juga tengok banyak projek-projek perumahan yang akan berterusan.

“…jadi kita akan fikirkan kemudian, sebab saya tak nak bajet kita tidak cukup untuk menolong mereka (rakyat),” katanya.

Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapannya pada majlis perhimpunan itu mahu Bahasa Melayu digunakan dengan betul dalam penulisan pelbagai bentuk dokumen pejabat.

Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).-


Comments :

1
anaklangkawi said...
on 

YB,

Bukan ini yg dijanji waktu PRU baru2 ini..

saya sebagai penduduk selangor meminta menunaikan jnji2 tersebut iaitu penghapusan cukai pintu.

TQ

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com