Pray For MH370

Pray For MH370

LAPORAN HARAKAHDAILY MISI KEMANUSIAAN YAM KE MYANMAR

Kumpulan pertama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Myanmar akan berlepas Sabtu ini yang diketuai sendiri oleh Presidennya Tn Hj Husin. Sumbangan kewangan masih diperlukan lagi. Para dermawan dan budiman digalakkan membuat sumbangan melalui akaun Bank Muamalat cawangan Kuala Terengganu atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA no akaun

130 1000 2499 715

Yayasan Amal berlepas ke Mynmar Sabtu ini
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | May 08, 08 | 7:55:21 pm MYT

SHAH ALAM, 8 Mei (Hrkh) - Kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor membela nasib rakyat bukan saja diterjemahkan kepada rakyat Selangor tetapi turut dihulurkan kepada mangsa Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.

ImageKeprihatinan kerajaan Selangor itu dibuktikan dengan penyaluran sumbangan kewangan sebanyak RM1 juta di atas nama Yayasan Amal Malaysia.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan cek bernilai RM1 juta itu kepada Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamaluddin Elias di tingkat lima, bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.

Turut serta dalam penyerahan cek tersebut ialah Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Speaker DUN, Teng Chang Khim; Adun Meru, Dr Rani Othman; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus dan wakil Yayasan Amal Pusat dan Selangor.

ImageYayasan Amal Malaysia akan menghantar kumpulan pertama atas nama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Mynmar pada hari Sabtu, 10 Mei ini.

Kumpulan pertama diketuai Presiden Yayasan Amal, Haji Hussein Ismail bersama Jamaluddin dan tiga orang doktor perubatan iaitu, Dr Rani sebagai Naib Presiden Yayasan Amal; Pengerusi Cawangan Selangor, Dr Ahmad Yunus dan Ketua Biro Perubatan, Dr Hamdan.

Kerajaan Selangor turut menyediakan ruang di Dataran Usahawan Bangunan SUK sebagai pusat operasi atau bilik gerakan sementara Yayasan Amal Malaysia.

Menurut Jamaluddin, sukarelawan Yayasan Amal yang telah melaporkan diri untuk menyertai misi itu kini mencecah 85 orang.

Image"Mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran bersedia ke Mynmar untuk memberi bantuan bagi meringankan bebanan dan tekanan rakyat yang ditimpa bencana alam," ujar Jamaluddin.

Katanya, kumpulan Yayasan Amal pertama yang akan berlepas Sabtu ini cuba mengesan kawasan yang paling kritikal dan selamat untuk tenaga sukarelawan Yayasan Amal menjalankan tugasan.- tajdi

Comments :

0 comments to “LAPORAN HARAKAHDAILY MISI KEMANUSIAAN YAM KE MYANMAR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com