Pray For MH370

Pray For MH370

NIK NAZMI (SETPOL YAB MB SELANGOR): ISU BALKIS

nazmisetpol.jpg
Tugas yang belum selesai bagi Isteri Dr Khir Toyo selepas BN kalah di Selangor ialah memindahkan dana berjumlah RM10 juta dan membubarkan BALKIS. Kini semuanya telah selesai cuma tunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan, Lembaga Hasil dalam Negeri dan tindakan undang-undang.
Kerajaan negeri belum bertindak terhadap Balkis

SUMBER: Agenda Selangor

KUALA SELANGOR, Sabtu 3 Mei : Kerajaan negeri belum mengambil tindakan termasuk membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung pembubaran dan pemindahan dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) bernilai RM9.9 juta.

Exco Angkatan Muda Keadilan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan kepada agensi kerajaan itu hanya dibuat PKR semalam sebagai tindakan awal bagi meminta BPR menyiasat pemindahan dana tersebut secara terperinci.

“Kerajaan negeri akan hanya mengambil tindakan setelah meneliti laporan Pendaftar Pertubuhan mengenai status Balkis termasuk pandangan penasihat undang-undang kerajaan negeri,” kata Nik Nazmi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.




"Kita masih menunggu laporan ROS mengenai pembubaran itu selain mendapatkan pandangan lanjut dalam soal perundangan terutamanya mengenai pemindahan dana yang diterima daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri," ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Abdul Khalid merasmikan Majlis Penutup Program Ujian Kemahiran Amal Islam (Kamil) di Sekolah Rendah Pasangan, Kampung Kuantan di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan pembubaran dan pemindahan dana itu tidak harus dilakukan kerana ia boleh diteruskan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada rakyat di negeri itu seperti yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu iaitu Datin Seri Zaharah Kechik dan isteri kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

"Ini yang kita ingin tekankan kerana pembubaran ini dilihat tidak jelas manakala sumbangan yang diberikan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri hanya untuk aktiviti kebajikan di bawah Balkis dan ia dikecualikan daripada cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," jelasnya.

Zaharah dalam satu sidang akhbar pada 27 April lalu menjelaskan tindakan badan itu memindahkan segala baki wang Balkis kepada Bakti dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 15 (2) Perlembagaan badan itu.

Menurut bekas Yang Dipertua Balkis itu, segala baki dana yang dimiliki oleh badan itu akan didermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang termasuklah mendapat kelulusan daripada Pengarah LHDN.

Comments :

1
Hasbullah Pit said...
on 

Kan senang tulis "Nik Nazmi" sahaja.
Blogger ramai kenal Nik Nazmi, berbanding "SETPOL MB Selangor"

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com