Pray For MH370

Pray For MH370

PENDAPATAN LUMAYAN SEORANG PELAJAR TEMPATAN

Pendedahan yang dibuat oleh Harian Metro Sabtu lalu cukup sensasi dan ngeri. Ini kerana belum selesai kes Sufiah di UK, di Terengganu timbul satu kes lagi. Biasanya, pakar epidemiologi atau sosiologi menegaskan bahawa setiap kes yang terbongkar atau dikesan dan diketahui umum, terdapat lagi 80% ke 90% kes yang wujud tetapi belum atau tidak boleh dikesan atau dibuktikan. Ini bermakna pelajar di Malaysia yang terlibat dengan "penjualan tubuh" mungkin ramai jika berpandukan kepada apa yang dipanggil phenomena " hujung aisberg/ bongkah ais". Saya telah mengulas masalah ini di post bertajuk "Ratu Hadhari's Fatwa: Sounds Familiar" bertarikh 01 April 2008.



Jabatan Pelajaran minta laporan

Sumber: MyMetro

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pelajaran negeri diarah segera mengemukakan laporan lengkap mengenai kes seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di negeri ini yang didakwa terbabit dengan kegiatan menjual tubuh sejak tiga tahun lalu hingga mempunyai simpanan lebih RM80,000.

Pengerusi Jawatan kuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihak berkaitan termasuk pengurusan sekolah yang mempunyai maklumat kes itu tidak sepatutnya merahsiakan daripada kerajaan negeri dengan alasan menjaga nama baik sekolah dan keluarga pelajar terbabit.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan mempunyai kaedah tertentu bagi mendidik pelajar terbabit supaya menghentikan kegiatan itu jika laporan mengenainya dimaklumkan lebih awal, apatah lagi pelajar berkenaan dikategorikan pelajar cemerlang.

“Kita hanya menerima maklumat mengenai kegiatan pelajar itu selepas didedahkan media massa dan kita meminta Jabatan Pelajaran negeri menjalankan siasatan terperinci serta mengemukakan laporan segera.

“Setakat ini, kita masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pelajaran negeri sebelum memutuskan tindakan dan kaedah yang perlu dilakukan, “ katanya ketika ditemui selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Sabtu lalu, Harian Metro mendedahkan kes seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di negeri ini yang dikatakan mampu memperolehi sehingga RM12,000 semalam hasil kegiatan menjual tubuh di ibu negara yang sudah dilakukannya sejak tiga tahun lalu.

Rahsia pelajar terbabit terbongkar apabila dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara selepas kemaluannya cedera.

Comments :

1
lan said...
on 

yaAllah selamatkanlah ummah ini

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com