Pray For MH370

Pray For MH370

KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERMULA PADA 26/03/08



lantik_mb_001
Sultan Selangor menyampaikan watikah pelantikan kepada Tan Sri Abdul Khalid


7YAB MB sedang membaca ikrar

8YAB sedang menandatangani dokumen pelantikan

19
Sedang bersalaman dengan Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Ramli sambil di sebelah ialah
Pegawai Kewangan Negeri Selangor



27Gambar Exco Kerajaan PR Negeri Selangor Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Pegawai Kewangan
dan Datuk Penashat Undang-undang Negeri Selangor





Walaupun YAB Menteri Besar Selangor telah mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan
Selangor pada 13hb Mac 2008 namun Kerajaan Negeri Selangor dikira terbentuk pada 24hb Mac 2008 iaitu
setelah ahli yang berkenaan menerima watikah perlantikan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Selangor dari DYMM Sultan Selangor. Mesyuarat pertama telah berlangsung pada 26hb Mac 2008.
Maka sekiranya kita mahu mengira berapakah umur kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita
seharusnya mengambil tarikh paling awal iaitu 24hb Mac 2008 dan bukan dari 8hb Mac 2008.



Beri masa kepada Pakatan Rakyat tunai janji
TSKhalid130.jpg
OLEH ROSLAN BIAN

SHAH ALAM, Rabu 7 Mei : Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor meminta rakyat negeri itu memberi masa kepada kerajaan bagi menunaikan janji-janji dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu termasuk menurunkan cukai pintu 20 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan baru yang ada sekarang belum mencapai 100 hari pentadbiran tetapi program kebajikan seperti dijanjikan sudah dan akan dilaksanakan.

Sebagai ketua eksekutif di Selangor, beliau katanya hanya berupaya melaksanakan janji-janji yang mampu untuk ditunaikan sahaja.


"Saya bukan berpolitik dalam hal ini, manifesto tidak menjanjikan semalam (dilaksanakan), tetapi kita akan terus menunaikan program-program kebajikan, seperti air (percuma) yang kita akan teruskan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.


Menurut Abdul Khalid, perkara itu akan dilaksanakan berperingkat-peringkat selepas membuat kajian kesesuaian pelaksanaannya dalam proses pembangunan negeri Selangor.

“Kita ingin tahu (kajian) sama ada rakyat perlu cukai pintu diturunkan atau mahu perkhidmatan yang lebih baik. Kita sedang senaraikan apa yang mampu kita berikan kebajikan kepada rakyat,” katanya.

Sebagai contoh katanya, kerajaan negeri akan melaksanakan janji memberi air percuma 20 meter padu pertama mulai 1 Jun ini.

Katanya, kerajaan negeri akan berusaha menunaikan janji-janji tersebut selepas mengkajinya dalam penyediaan Bajet 2009 hujung tahun ini.

Kelmarin Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri tidak dapat menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus itu memandangkan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji-janji itu dilaksanakan.


Ekoran itu banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempertikaikan keupayaan kerajaan Selangor yang kini dipimpin PKR, DAP dan Pas, gagal menunaikan janji mereka.


Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menerima pertanyaan daripada pelabur yang berminat dari Timur Tengah manakala ahli perniagaan China dan India terus melihat negeri ini sebagai satu daripada destinasi pelaburan kegemaran mereka.

“Sebilangan besar pelabur sedia ada juga telah mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Ini membuktikan Pakatan Rakyat juga berjaya menarik pelabur bagi meningkatkan ekonomi di Selangor,” katanya.

Mengulas mengenai pencerobohan Hutan Simpan Raja Muda di Tanjung Karang, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan guaman kepada individu yang rasa tertipu dengan membeli tanah daripada pihak tertentu yang menceroboh kawasan tadahan air itu.

Comments :

1
sophie said...
on 

Assalamu'alaikum,
Saya setuju dengan kenyataan iu - harus diberikan masa sebelum janjian itu terlaksana.
Cuma satu pengajaran bermakna - biarlah sesuatu janji didahului dengan asas dan kajian terperinci.

Apapun, ada laporan akhbar mengatakan kerajaan baru selangor membeli 3 faks baru pada harga 1500 ringgit - berganda tinggi dari harga pasaran. Adakah ini benar atau fitnah? Harap ada siasatan dan jika perkara ini fitnah, harap dapat bersihkan nama kerajaan.

Artikel itu - http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21981

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com