Pray For MH370

Pray For MH370

SETAKAT BERI AIR PERCUMA SAHAJA: MB SELANGOR

Menurut YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid kerajaan negeri hanya mengkotakan janji/manifesto PRU 12 untuk memberi air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada semua isi rumah mulai bulan depan. Setakat ini tiada keputusan dibuat mengenai pengambilalihan SYABAS. Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor. Elakkan pembaziran air. Peliharalah alam sekitar serta sungai kita. Hargailah nikmat Allah serta kurniaNya yang tidak terhingga.


"Telah nyata berlaku kerosakan di darat dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar" Ar Ruum:41

Hanya keputusan beri air percuma, bukan beli Syabas - Abdul Khalid

OLEH ROSLAN BIAN
Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Ahad 4 Mei : Kerajaan Negeri Selangor belum membuat sebarang keputusan mengenai air di Selangor kecuali usaha melaksanakan bekalan air bersih percuma 20 meter padu pertama kepada semua isi rumah di negeri itu, mulai bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa buat kajian jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan pengguna mendapat kebaikan daripada pengurusan air di Selangor.

Kerajaan negeri juga katanya, belum membuat sebarang keputusan berhubung hasrat mengambil alih pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat itu.

"Kerajaan negeri belum buat apa-apa kenyataan mengenai perkara itu (pembelian Syabas). Kita hanya buat kenyataan bahawa kita telah menulis kepada Syabas dan Puncak Niaga dalam usaha untuk laksanakan air percuma," katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ke-3 di sini hari ini.

Abdul Khalid dimintamengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Dr. Rodziah Ismail yang disiarkan sebuah akhbar harian tabloid hari ini mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor membeli Syabas bagi mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat itu.

Dr. Rodziah dilaporkan berkata hasrat itu disuarakan setelah kerajaan negeri kini menyedari punca kenaikan harga air adalah disebabkan pengendalian daripada pihak pengurusan yang dikatakan tidak cekap.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada kenyataan beliau itu secara tidak langsung menafikan kenyataan Rodziah, Abdul Khalid berkata:" Tidak ada, bukan saya menafikan.

"Kita kerajaan negeri memang sentiasa buat kajian jangka pendek dan panjang mengenai cara terbaik untuk memastikan supaya pengguna air di Selangor dapat kebaikan daripada pengurusan air di Selangor."

Mengenai kenyataan Dr, Rodziah bahawa anggaran bayaran yang perlu dibayar kepada Syabas untuk 20 meter padu air secara percuma itu ialah kira-kira RM4 juta sebulan, Abdul Khalid berkata: "Belum ada kira-kira yang tepat."

Comments :

0 comments to “SETAKAT BERI AIR PERCUMA SAHAJA: MB SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    5 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    5 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com