Pray For MH370

Pray For MH370

TERTIPU HIDUP-HIDUP LAGI

Kebanyakan mangsa adalah mereka yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi perubatan di India dan Russia. Terus terang saya nyatakan bahawa ramai pelajar dan ibu bapa terdesak untuk mendaftar di Sekolah Perubatan walhal mereka tidak mengambil aliran sains tulen semasa di peringakt SPM. Beberapa buah Universiti di India dan Russia tidak menjadikan mata pelajaran sains tulen sebagai prasyarat untuk mendaftar di fakulti perubatan. Universiti sebegini lazimnya mengambil "capitation money" iaitu mengenakan caj atau tusyen fi untuk keseluruhan pengajian sama ada lima atau enam tahun dan perlu dibayar semasa pendaftaran tahun pertama. O ya. Kadang-kadang kelulusan dan ijazah sudah berada dalam genggaman pada tahun pertama lagi. Ini yang dikatakan "kelulusan terjamin" tetapi pengiktirafan oleh JPA dan MMC "tertangguh".

"Oleh demikian, kepada ibu bapa yang teringin menghantar anak ke luar negara hendaklah berhati-hati dan jangan terlalu ghairah kecuali berusaha memastikan tempat anak mereka melalui saluran betul, termasuk latar belakang agensi yang membuat tawaran perlu disiasat terlebih dahulu" menurut Mohd Sofi Razak dari MyMetro.

Bagaimana cara menyiasat: (i) Hubungi Jabatan Pelajar Luar Negara Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya. (ii) Hubungi Wisma Putra (iii) Hubungi Malaysian Medial Council untuk pengesahan pengiktirafan (iv) Hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (v) Hubungi Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya dikenali sebagai LAN-lembaga Akreditasi Negara).

Minda: Elak perangkap IPT palsu

Oleh Mohamad Sofee Razak
am@hmetro.com.my

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan cemerlang, sudah tentu tempat mereka di universiti lebih terjamin berbanding mereka yang mendapat keputusan sekadar ‘cukup makan’.

Biarpun begitu, tidak semua pelajar cemerlang SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi dan persediaan universiti saja, malah segelintir berminat mengambil STPM sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.

Ada juga lebih berminat dan berkemampuan untuk mengambil diploma di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sebelum memohon peringkat lebih tinggi sama ada di IPT dalam dan luar negara.

Pertambahan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kebanjiran IPTS sejak dahulu lagi menyediakan prasarana dan sistem pendidikan tinggi berkualiti dan terbaik di negara kita.
Tambahan pula terdapat banyak IPT swasta yang mengadakan usaha sama dengan universiti besar luar negara dan beberapa buah universiti ternama dunia yang membuka cawangan di Malaysia.

Kemudahan serta peluang yang ada membolehkan pelajar tempatan tidak lagi perlu ke luar negara untuk mendapat ijazah dari universiti luar negara, sekali gus menjimatkan kos pengajian.

Negara secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penghantaran dan pembiayaan pembelajaran di luar negara dan ibu bapa boleh merancang perbelanjaan pengajian anak secara lebih berkesan.

Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai sistem pengajian tinggi setanding dengan negara luar dan mampu menjadi hub pendidikan tinggi global pada masa hadapan melihat kepada pertambahan pelajar luar negara setiap tahun.

Namun begitu perlu diingatkan pihak polis baru-baru ini mendedahkan kegiatan beberapa sindiket dan agensi yang memperdayakan pelajar lepasan SPM dan STPM dengan menawarkan pelbagai peluang menuntut di universiti luar negara.

Tawaran itu biasanya diiklankan di akhbar, menerusi panggilan telefon atau internet di mana bagi mereka berminat dikehendaki membayar tidak kurang RM70,000 seorang bagi memastikan tempat di universiti berkenaan.

Jumlah yang diminta begitu tinggi tetapi terdapat ramai ibu bapa yang terpedaya demi masa hadapan anak dan berpeluang mendapat pendidikan di luar negara.

Kebanyakan mangsa adalah mereka yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi perubatan di India dan Russia.

Mereka hanya menyedari taktik dan penipuan itu apabila menerima surat tawaran palsu dan tidak sah dari universiti itu.

Bahkan universiti itu tidak pernah wujud di negara terbabit atau menyediakan kursus perubatan seperti yang didakwa.

Oleh demikian, kepada ibu bapa yang teringin menghantar anak ke luar negara hendaklah berhati-hati dan jangan terlalu ghairah kecuali berusaha memastikan tempat anak mereka melalui saluran betul, termasuk latar belakang agensi yang membuat tawaran perlu disiasat terlebih dahulu.

Ini boleh dirujuk terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi kepastian dan status sesebuah universiti di luar negara.

Tidak semua universiti di luar negara berkualiti, lengkap dan mampu menyediakan peluang pendidikan tinggi yang sempurna.

Pelajar dan ibu bapa diminta tidak terpedaya dengan pelbagai tawaran yang diiklankan oleh ejen atau sindiket yang menjadi dalang kepada universiti palsu itu.

Di samping itu, ibu bapa dan pelajar perlu memastikan universiti yang ingin dimasuki atau kursus yang diambil mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sebagainya kerana jika tidak diiktiraf maka ijazah atau sijil yang dimiliki kelak sia-sia serta tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

Malaysia juga mempunyai IPT kelas dunia, berkualiti dan berwibawa di samping tenaga pengajar berminda kelas pertama dan prasarana pendidikan setanding universiti terkenal dunia.

Untuk itu, bagi calon yang tidak berpeluang ke luar negara, IPT tempatan menyediakan sistem pendidikan tinggi terbaik ke arah melahirkan modal insan unggul.

Mereka tidak sepatutnya berasa malu dan kecewa jika tidak berpeluang menyambung pelajaran di luar negara kerana peluang pekerjaan di negara ini terbuka kepada semua lepasan universiti tempatan dan luar negara.

Apa yang penting kelulusan, kelayakan dan kebolehan diutamakan, bukannya universiti yang pernah dimasuki.

Sebenarnya, lulusan universiti tempatan lebih diberikan keutamaan dan kelebihan seperti lepasan undang-undang, perubatan, perakaunan, seni bina dan kejuruteraan memandangkan skop dan latihan yang diterima lebih sesuai serta memenuhi syarat dengan keperluan dalam negara.

Sebagai contoh lepasan undang-undang universiti luar negara perlu lulus peperiksaan sijil amalan guaman (CLP) sebelum boleh menjalani latihan dalam kamar selama sembilan bulan dan kemudian barulah boleh diterima sebagai peguam bela dan peguam cara.

Keadaan dan prosedur yang hampir sama turut dikenakan kepada lulusan perubatan dan seni bina dari universiti luar negara.

Amalan dan latihan yang diterima di luar negara berbeza dengan pelajar universiti tempatan.

Di samping itu, hampir semua universiti awam dan swasta menggunakan bahasa Inggeris, ramai pelajar luar negara menyambung belajar di negara ini menjadikan suasana pembelajaran sama dan tidak ada kekurangan sedikit pun berbanding belajar di luar negara.

Agak janggal apabila orang luar berpusu-pusu datang belajar ke Malaysia sedangkan kita sibuk memohon belajar di luar negara.

Lepasan SPM, STPM dan diploma perlu berbangga belajar di negara sendiri dan membuktikan bahawa produk universiti tempatan mampu menandingi produk universiti luar negara.

Comments :

0 comments to “TERTIPU HIDUP-HIDUP LAGI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com