Pray For MH370

Pray For MH370

UGUTAN LWN PERMOHONAN: SIAPA UGUT DAN SIAPA MOHON


KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Chik perlu mendalami bahasa Melayu supaya dapat membezakan istilah 'ugutan' dengan kuasa yang ada pada seorang Menteri Besar sebelum menuduh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'gila kuasa'.

Sebelum ini permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Radio Selangor.FM� supaya menyediakan ruang kepada MB dan exco Selangor selama sejam seminggu untuk berinteraksi dengan rakyat dianggap satu ugutan oleh Shabery.

Melalui siaran berkenaan Menteri Besar berhasrat menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri serta isu semasa yang tidak diberikan respons sewajarnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi dalam mengulas perkembangan itu berkata, jika selama ini Radio Selangor.FM boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dan menjadi suara kepada kerajaan Umno-BN apa salahnya jika diteruskan kaedah tersebut dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat yang lebih demokratik untuk memberi layanan adil kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

"Shabery sebagai Menteri Penerangan perlu membuktikan betapa demokrasi kementeriannya sebelum melemparkan tuduhan bahawa Khalid Ibrahim gila kuasa," tegas beliau.

Katanya, tindakan Radio Selangor.FM tidak memberi ruang kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu mengundang kebencian rakyat terhadap media Penerangan yang dikuasai Umno-BN.

Beliau berkata, dalam suasana BN-Umno 'nyawa-nyawa ikan' sepatutnya pimpinan mereka memberi khidmat terbaik kepada rakyat tetapi perkara itu tidak berlaku.

Tambah beliau, Menteri Besar membuat tindakan tersebut bukan mahu menunjukkan keangkuhan tetapi kapasiti sebagai MB terhadap premis yang ada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Beliau bertanya apakah wajar Radio Selangor.FM berada di SUK tetapi tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri.

"Jadi apa guna dia (Radio Selangor.FM) tinggal di SUK. Itu pun sudah baik MB memberi tempoh selama dua minggu. Sepatutnya dalam tempoh tersebut Shabery boleh membuat rundingan dengan MB tetapi melakukan tindakan tanpa kematangan," tegasnya. - lanh

Comments :

2 comments to “UGUTAN LWN PERMOHONAN: SIAPA UGUT DAN SIAPA MOHON”
busymum100 said...
on 

Dr Halimah,
Biasalah tektik kotor BN. Bila kita yg buat (re: Radio Selangor), depa kata kita ugut, tapi bila depa yg buat (Azalina nk tarik balik progrm pelancongan di negeri2 perintahan BR, royalti minyak di terengganu dulu) itu depa kata hak depa.

Insyaallah, ramai rakyat sekarang yang tidak bodoh.. BR kena teruskan usaha2 yg baik dengan niat yang ikhlas, semoga kerajaan BR dapat bertahan..

Unknown said...
on 

Salam ukhuwah dan jihad. Terima kasih diucapkan kpd "busymum100" yang seomo busy tapi masih mahu dan mampu melakukan perubahan. Hang teruskan pengorbanan dan sumbangan. Rewards, royalties, remunerations, hang pls claim from your Creator Keeper of Bounties.Pls pray we can live up to 100yrs so that our mission may be fulfilled.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com