Pray For MH370

Pray For MH370

BENARKAH SEORANG BAYI KETURUNAN INDIA DIPAKSA "MASUK ISLAM"

Dilaporkan oleh akhbar Tamil Nesan,
Makkal Osai dan Malaysia Nanban bahawa seorang bapa (nama tidak disebut, diandaikan seorang Muslim) telah merampas seorang bayi dari ibunya, dan selalu memukul isterinya sekaligus memaksa si isteri memeluk Islam.

Dilaporkan bahawa bayi berkenaan kononnya dipaksa mememeluk Islam.
Pihak berwajib sila ambil perhatian dan buat ulasan di akhbar.

Isu ini boleh diseleweng dan dipergunakan untuk menyerang Pakatan Rakyat oleh pihak-pihak seperti MIC. Sila lihat laporan Bernama di bawah.


MIC Mahu Dapat Semula Kepercayaan Penduduk Kaum India


Datuk Seri S. Samy Vellu berazam memberikan suntikan baru kepada MIC dengan merangka pelbagai bentuk reformasi dalaman bagi memulihkan kembali sokongan masyarakat India terhadap perjuangan parti itu.

Presiden MIC itu mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam masa 12 bulan ini dengan merapatkan barisan pemimpin dan ahli demi mengembalikan semula kepercayaan penduduk kaum India di negara ini terhadap parti itu.

Mengambil kira kehendak masa kini, Samu Vellu berkata parti itu akan mengadakan 176 perjumpaan di seluruh negara mulai bulan depan antara pemimpin parti dengan ahli bagi mendengar pandangan dan suara di peringkat umbi.

"Soal menyatupadukan semula ahli dan cadangan bernas dari ahli akan membantu pemimpin meneruskan kesinambungan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk kaum India di negara ini," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Tamil 2008 peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Masterskills, Tasek, dekat sini.

Samy Vellu, bekas Menteri Kerja Raya itu, juga meminta pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan negeri supaya bersedia mengubah cara berfikir dan menerima pandangan serta pendapat bagi mengeratkan hubungan dengan semua ahli.

Selain perjumpaan parti, katanya, mereka juga akan mendapatkan pandangan mengenai masalah dari persatuan, pihak pengurusan kuil dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memantapkan lagi usaha memperjuangkan nasib masyarakat keturunan India di negara ini.

Beliau juga meminta semua 800 cawangan parti di negeri Perak menganjurkan program dan aktiviti masyarakat pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi memperkukuhkan perpaduan di kalangan ahli dan menarik minat ahli untuk membantu membina semula kredibiliti parti.

Pada majlis itu, seramai 150 pelajar yang mendapat keputusan 7A dalam UPSR tahun lepas menerima cenderamata.

BERNAMA

Comments :

2 comments to “BENARKAH SEORANG BAYI KETURUNAN INDIA DIPAKSA "MASUK ISLAM"”
Unknown said...
on 

Mengislamkan seorang bayi? siapa yang buat statements tongong nih. Lebih baghal dari keldai!

Anonymous said...
on 

Tu la, bodoh tahap mega, nak fitnah Islam, buat kenyataan pun dah nampak bengap. Sudah-sudahlah busuk hati, Allah akan bagi hidayah pada orang yang ikhlas dan bersih hatinya. Jadilah muslim yang mukmin supaya kita susah kat dunia sahaja nanti di akhirat berbahagia, insyaAllah. Kalau tak, aniayalah, tak cukup hidup susah di dunia, nanti kat akhirat pun susah jugak.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com