Pray For MH370

Pray For MH370

SETIAP HARI ADALAH HARI UNTUK IBU KITA

Dipaparkan klip video utube di bawah ini sebagai peringatan untuk kita, andaikata ada di antara kita yang sudah lupa asal usulnya dan siapa yang membesarkannya....
Video klip di bawah ini anggaplah sebagai bahan ilmiah serta pendidikan dan bukan bahan lucah untuk tontonan.

Sambutan Hari Ibu yang dijadualkan jatuh pada tanggal 11hb Mei akan datang hendaknya tidak dikomersilkan; bukan hari pembaziran. Seharusnya setiap individu merayakan hari ibu pada tanggal ia dilahirkan oleh ibunya (hari jadi).

































Sambutan Hari Ibu wajar diraikan setiap tahun



Sumber:Sinar Harian

Insan yang bernama ibu adalah segala-galanya dalam sesebuah rumah tangga kerana mereka memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan sesebuah rumah tangga.

Menyedari hakikat itu, Hari Ibu diraikan pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan dan jasa insan yang bergelar ibu.

Raja Azam Baezah Raja Mokhtar, 43, berpendapat, ibu wajar diraikan kerana pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang ibu tidak ternilai harganya.

Katanya lagi, suami dan anak-anak juga harus menunjukkan penghargaan kepada ibu dan isteri walaupun, tidak diminta. Seorang ibu sentiasa melakukan sesuatu demi keluarganya dan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk keluarga.

“Sebagai seorang ibu, menjaga keluarga adalah tanggungjawab dan saya tidak meminta sebarang balasan, cukuplah sekadar suami dan anak-anak mengucapkan terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, anak adalah merupakan amanah dan seorang ibu juga wajib menjaga, membimbing anak-anaknya ke arah kebaikan dan menjadi seorang yang berguna.

Sementara itu, Yusnidar Adnan, 43, berpendapat walaupun sambutan Hari Ibu berasal dari Barat, namun ianya masih boleh disambut oleh masyarakat Islam sekiranya ianya diraikan dengan cara yang betul.

“Pengorbanan ibu wajar dihargai kerana seseorang ibu itu adalah insan yang amat penting dalam sesebuah keluarga.

“Bila sudah menjadi seorang ibu, baru kita tahu betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka kepada kita. Justeru, sekiranya kita masih mempunyai ibu, janganlah mensia-siakan mereka,” katanya.

Yusnidar berkata, ibu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan mereka juga bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

Bagaimanapun katanya, peranan bapa juga sangat penting tetapi ibulah insan yang sering berdampingan dengan anak-anak serta sering mendahulukan keluarga daripada kepentingan diri sendiri.

Katanya lagi, kini peranan ibu tidak terhad kepada menjaga makan dan minum suami serta keluarga malah, terdapat juga ibu yang membantu menjana ekonomi keluarga untuk meringankan beban suami.

“Begitulah besarnya peranan yang dimainkan oleh seorang ibu dan bagi seorang ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat suami dan anak-anak menghargai setiap apa yang saya lakukan untuk mereka,” kata Yusnidar.

Comments :

5 comments to “SETIAP HARI ADALAH HARI UNTUK IBU KITA”
bakaq a.k.a ~penarik beca said...
on 

Walaupun saya penakut dan tak berani nak buka video ini, tapi terimakasih atas peringatan yang sangat berguna ini.

http://malaysiakita-bakaq.blogspot.com/

Unknown said...
on 

Sama-samalah kita saling ingat mengingat. Mungkin apabila terdesak dan tiada pilihan,Tuan pada suatu hari nanti akan memberanikan diri dan mencuba. Selamat mencuba.

tajudin said...
on 

terimakasih YB Dr atas peringatan dan bingkisan ini.

Anonymous said...
on 

Tahniah YB Dr kerana sudi menyiarkan clip...sekurang2 kite orang lelaki setiasa ingat keperitan ibu dan isteri kita melahirkan anak..terima kasih banyak...www.politictoday.com

Anonymous said...
on 

salam w.b.t


Setuju dgn pendapat YB Dr. supaya sambutannya tidak dikomersialkan..lebih menarik lagi bila YB kata sambutan yg sepatutnya ialah pada tarikh lahir kita masing-masing.sebab terlalu kabur mengapa tarikh komersial tersebut diletakkan..sila rujuk liknk berikut
http://en.wikipedia.org/wiki/Mother%27s_day

bukan apa..niat kita nak meraikan ibu-ibu kita..tapi sudahnya bercampur dengan asal-usul yang tidak sepatutnya..Allahu Akbar!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com