Pray For MH370

Pray For MH370

ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2008

Jumlah calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 ialah seramai 53,638 calon.

1. Seramai 46,277 atau 92.26 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 56,963 atau 91.61 peratus pada 2007.
Maka jumlah calon STPM 2008 yang lulus penuh (peringkat prinsipal) meningkat sebanyak 0.65 peratus berbanding tahun 2007.

2. Peratusan penggunaan bahasa Inggeris ketika menjawab soalan meningkat sebanyak 0.8 peratus.

3. Hanya 13 orang pelajar mendapat prinsipal A dalam lima mata pelajaran berbanding 25 pelajar pada 2007.


4. 10 orang pelajar mendapat prinsipal A adalah pelajar sains, manakala tiga lagi pelajar aliran sastera.


5. Jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara.
Calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 10.39 peratus berbanding calon luar bandar hanya 6.77 peratus.

6. Peningkatan sebanyak 14.81 peratus daripada calon luar bandar bagi aliran sains yang mendapat 5A, 4A, 3A iaitu berbanding calon bandar yang hanya 12.99 peratus.

7. Calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A, 3A adalah sebanyak 9.01 peratus berbanding calon luar bandar iaitu 6.15 peratus
.


Layari laman web www.mpm.edu.my atau SMS di talian 39003 untuk keputusan STPM



STPM 2008 catat 0.65 peratus peningkatan calon lulus


Jumlah calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang lulus penuh (peringkat prinsipal) meningkat sebanyak 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan peratusan penggunaan bahasa Inggeris ketika menjawab soalan sebanyak 0.8 peratus.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata seramai 46,277 atau 92.26 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 56,963 atau 91.61 peratus pada 2007.

Katanya, jumlah yang dinyatakan itu meliputi 53,638 calon yang menduduki peperiksaan STPM pada 12 November hingga 4 Disember lalu di 751 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Daripada analisis keputusan peperiksaan STPM 2008, jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara dengan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 10.39 peratus berbanding calon luar bandar 6.77 peratus," katanya pada majlis pengumuman keputusan STPM 2008 di sini, hari ini.

Dalam analisis keputusan STPM 2008, calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A, 3A adalah sebanyak 9.01 peratus berbanding calon luar bandar iaitu 6.15 peratus, namun terdapat sedikit peningkatan daripada calon luar bandar bagi aliran sains yang mendapat 5A, 4A, 3A iaitu sebanyak 14.81 peratus berbanding calon bandar yang hanya 12.99 peratus.

Dr Dzulkifli berkata, peratusan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya ketika menjawab soalan tahun lalu ialah 92.7 peratus berbanding hanya 91.9 peratus pada 2007.

Bagaimanapun, jumlah pelajar yang lulus gred A dalam lima dan empat mata pelajaran masing-masing masih mencatatkan penurunan dengan hanya 13 pelajar mendapat prinsipal A dalam lima mata pelajaran berbanding 25 pelajar pada 2007.

"Daripada jumlah itu, 10 orang adalah pelajar sains, manakala tiga lagi pelajar aliran sastera," katanya.

Daripada keseluruhan 53,638 calon STPM tahun lalu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) adalah calon swasta manakala 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian individu.

Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula tengah hari ini kecuali calon persendirian yang akan menerima melalui pos, selain melayari laman web www.mpm.edu.my atau SMS di talian 39003.
Bernama

Comments :

0 comments to “ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2008”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com