Pray For MH370

Pray For MH370

REPOT KAD UNTUK DATUK BANDAR SERTA YDP MAJLIS PERBANDARAN

"Kerajaan PR Selangor akan mengkaji semula keberkesanan pentadbiran Datuk Bandar dan YDP Majlis Bandaran bagi tujuan menambahbaik perjalanan pentadbiran Majlis Bandaran" kata MB Selangor ketika menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan, sidang DUN pagi tadi.

Secara keseluruhan katanya, prestasi Datuk Bandar dan YDP baik dan telah memberi kerjasama serta cuba menjayakan dasar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Namun masih ada rungutan dari ADUN, ahli Majlis serta Ahli Parlimen.

Prestasi Datuk Bandar dan YDP akan dikaji



Menteri Besar dan exco kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengkaji semula keberkesanan pentadbiran Datuk Bandar dan YDP Majlis Bandaran setelah setahun mereka berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat


Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kertas penyelidikan mengenai prestasi Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis Bandaran dan ahli Majlis telah mula dikumpulkan bagi memudahkan pimpinan kerajaan membuat keputusan.

"Ia amat penting bagi menambahbaik perjalanan pentadbiran Majlis Bandaran dengan sebaik-baiknya," kata beliau ketika menjawab soalan daripada Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim dalam sesi soal jawab lisan, sidang DUN pagi tadi.

Beliau menjangkakan sebelum akhir Mei nanti akan mengemukakan beberapa keputusan daripada segi pentadbiran ahli Majlis serta pemantauan tentang usaha yang dijalankan oleh Datuk Bandar dan YDP.

Secara keseluruhan katanya, prestasi Datuk Bandar dan YDP telah memberi kerjasama serta cuba menjayakan dasar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Bagaimanapun, tambah beliau kerajaan negeri akan sentiasa memantau prestasi Datuk Bandar dari semasa ke semasa melalui mesyuarat berkala yang dipengerusikan oleh Jawatankuasa Tetap setiap bulan.

Khalid berkata, kerajaan negeri sedar masih terdapat rungutan daripada Adun, ahli Parlimen dan ahli Majlis mengenai Datuk Bandar dan YDP yang dikatakan kurang memberi kerjasama.

"Ada juga yang mempersoalkan keupayaan mereka dalam mentadbir Majlis Berbandaraan," jelas beliau.

Beliau menegaskan kerajaan negeri akan bertindak secara adil untuk menyiasat segala aduan yang dilakukan secara bertulis atau lisan dan sebaik-baiknya mempunyai bukti yang jelas.

Kerajaan negeri katanya di bawah Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan telah memperuntukkan RM20 ribu untuk menjalankan penyelidikan dan dijangka selesai hujung Mac 2009.

Menurut beliau, hasil daripada kajian penyelidian itu akan dapat membantu kerajaan negeri untuk membuat keputusan dan tindakan sewajarnya bertujuan mewujudkan pilihan raya kerajaan Tempatan.

Saidah Hairan dan Wan Zahari Wan Salleh/ Harakahdaily

Comments :

0 comments to “REPOT KAD UNTUK DATUK BANDAR SERTA YDP MAJLIS PERBANDARAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com