Pray For MH370

Pray For MH370

EMPAT DEFENDEN DALAM KES SAMAN TERBARU TERESA KOK

Teresa percaya:

1. Tangkapan bawah ISA disebabkan oleh kecuaian, sewenang-wenangnya dan secara semberono defendan-defendan dalam membuat tangkapan dan penahanan yang tidak sah,

2.Beliau telah diletakkan di bawah tekanan mental yang teruk,

3. Kesakitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan,

4. Penafian yang tidak sah terhadap hak berperlembagaan.


Teresa menyenaraikan 4 Defenden:

1. Datuk Seri Syed Hamid Albar

2. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan,

3. DSP E Kim Tien

4. Kerajaan Malaysia


Kok memohon mendapatkan gantirugi berikut:

1. Untuk tangkapan salah dan penahanan tidak sah,

2. Gantirugi kesakitan dan kesengsaraan,

3.Gantirugi untuk tekanan mental,

4. Gantirugi am dan khas

5. Relif-relif lain daripada mahkamah



Teresa Kok Saman Syed Hamid Albar Dan 3 Lagi


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini mengemukakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana mendakwa beliau ditangkap dan ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lepas.

Kok memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan S.N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada kira-kira pukul 8.40 pagi.

Selain Syed Hamid sebagai defendan pertama, Kok, selaku plaintif, turut menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat.

Dalam tuntutan itu, Kok mendakwa pada pukul 11.15 malam, 12 Sept, 2008, defendan-defendan telah menangkapnya di pintu masuk kediaman beliau di Pearl Tower OG Heights di sini, secara paksa dan merbahaya, sebelum dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju di mana beliau ditahan selama lebih dua jam tanpa diberi kebenaran untuk menghubungi saudara terdekat atau peguamnya.

Kok mendakwa pada pukul 2 pagi, 13 Sept, 2008, di Balai Polis Wangsa Maju, beliau telah dimaklumkan oleh defendan ketiga bahawa beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA 1960 atas alasan telah melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan antara kaum.

Selanjutnya Kok mendakwa beliau telah dihantar ke sebuah tempat penahanan rahsia dan ditahan di situ sehingga 19 Sept, 2008, tanpa dibicarakan.

Kok mendakwa alasan penangkapan dan penahanannya adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar telah membuat kenyataan rasmi akhbar pada 19 Sept, 2008 yang diterbitkan di media bahawa plaintif telah dilepaskan tanpa syarat kerana 'the police was satisfied that she was not a threat to public order and security'.

"Disebabkan oleh kecuaian, sewenang-wenangnya dan secara semberono defendan-defendan dalam membuat tangkapan dan penahanan yang tidak sah, plaintif telah diletakkan di bawah tekanan mental yang teruk, kesakitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan, penafian yang tidak sah terhadap hak berperlembagaan," kata Kok dalam tuntutan itu.

Kok memohon mendapatkan gantirugi untuk tangkapan salah dan penahanan tidak sah, gantirugi kesakitan dan kesengsaraan, gantirugi untuk tekanan mental, gantirugi am dan khas dan relif-relif lain daripada mahkamah.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “EMPAT DEFENDEN DALAM KES SAMAN TERBARU TERESA KOK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com